Dasar Pemberian Maklumat

BNM beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, cekap dan profesional di samping mencapai tahap keberkesanan serta kecemerlangan yang tertinggi. Bagi menjayakan aspirasi ini, BNM perlu mengesan dan menangani kelakuan tidak wajar. Antara cara pengesanan itu ialah menerusi pemberi maklumat.

Pemberi maklumat yang tampil dengan jujur untuk melaporkan kelakuan tidak wajar yang telah atau akan berlaku, berhak dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Akta ini memerlukan pihak berkuasa yang menerima laporan untuk merahsiakan identiti pemberi maklumat, memberi mereka kekebalan daripada tindakan sivil dan prosiding jenayah, serta melindungi mereka daripada tindakan yang memudaratkan.

Kelakuan Tidak Wajar

Pendedahan "kelakuan tidak wajar"

Pendedahan boleh dibuat kepada BNM jika ia berkaitan dengan "kelakuan tidak wajar", yang telah dilakukan atau akan dilakukan, apabila melibatkan:

  1. Kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pegawai, kakitangan dan pengarah BNM termasuk penipuan (fraud), rasuah atau penyalahgunaan kuasa

  2. Salah guna dana atau aset BNM

  3. Salah pengurusan yang nyata di BNM

  4. Pelanggaran Kod Etika BNM oleh pegawai dan kakitangan BNM

  5. Pelanggaran Kod Tatalakelakuan Vendor oleh vendor BNM

  6. Kegagalan mana-mana individu untuk mematuhi peruntukan undang-undang yang ditadbir oleh BNM

  7. Membantu individu untuk melakukan apa-apa perbuatan tidak wajar seperti yang dinyatakan di atas

  8. Tindakan yang memudaratkan terhadap pemberi maklumat atau mereka yang berkait rapat dengan pemberi maklumat

Sebelum membuat pendedahan, bakal pemberi maklumat dinasihatkan supaya mempertimbangkan sama ada dakwaan kelakuan tidak wajar yang akan didedahkan kepada BNM termasuk dalam mana-mana perkara di atas. Bakal pemberi maklumat juga harus mempertimbangkan sama ada pendedahan yang dimaksudkan itu dilarang secara khusus oleh mana-mana undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi 1972. Dalam hal sedemikan, bakal pemberi maklumat dinasihatkan mendapatkan nasihat undang-undang daripada pengamal undang-undang sebelum membuat pendedahan kepada BNM.

Perlindungan

Perlindungan yang diberikan

Sebagai badan berkanun yang diamanahkan dengan kuasa pengawalseliaan, penyeliaan dan penguatkuasaan, BNM komited untuk menyediakan perlindungan pemberi maklumat seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan undang-undang yang ditadbir oleh BNM.

Perlindungan berikut akan diberikan kepada pemberi maklumat yang mendedahkan kelakuan tidak wajar kepada BNM secara jujur:

  • kerahsiaan maklumat;

  • imuniti daripada liabiliti sivil dan jenayah bagi pendedahan yang dibuat; dan

  • perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan.

Exclusions

Pengecualian daripada perlindungan

Bakal pemberi maklumat juga diingatkan bahawa terdapat keadaan yang akan menyebabkan perlindungan mereka dibatalkan atau tidak diberi. Perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat tidak merangkumi pendedahan berikut dan akan dibatalkan oleh BNM menurut seksyen 11 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010:

  • apabila pendedahan kelakuan tidak wajar adalah:

  • remeh (frivolous) atau berniat mengacau (vexatious);

    • pada dasarnya mempersoalkan merit dasar kerajaan, termasuk dasar badan awam;

    • yang diketahui oleh pemberi maklumat sebagai palsu atau tidak benar; atau

    • dibuat semata-mata atau sebahagian besarnya untuk mengelak daripada dibuang kerja atau tindakan disiplin lain;

  • apabila pemberi maklumat terlibat dalam kelakuan tidak wajar yang didedahkan;

  • apabila pemberi maklumat melakukan kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010; atau

  • apabila pendedahan kelakuan tidak wajar mengandungi maklumat yang dilarang secara khusus untuk didedahkan di bawah mana-mana undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sebarang individu yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada BNM, dan mengetahui atau mempercayai bahawa sebarang kenyataan penting dalam pendedahan itu adalah palsu atau tidak benar, dianggap telah melakukan kesalahan jenayah di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Cara Memberi Maklumat

Bagaimanakah cara memberi maklumat?

Sebarang pendedahan kelakuan tidak wajar yang melibatkan BNM hendaklah dibuat kepada Individu yang Ditetapkan tertentu melalui saluran komunikasi khusus yang telah ditetapkan.

Pemberi maklumat dinasihatkan untuk membuat pendedahan secara bertulis dan memberikan butiran yang mencukupi termasuk maklumat berikut:

  • jenis atau penerangan/huraian kelakuan tidak wajar;

  • nama individu yang membuat atau terlibat dalam kelakuan tidak wajar itu; dan

  • ‘bagaimana’, ‘apa’ dan ‘di mana/tempat’ berkaitan dengan kelakuan tidak wajar, dan dokumen sokongan atau bukti disertakan, jika ada.

Pemberi maklumat digalakkan untuk menyatakan identiti atau butiran perhubungan mereka untuk memudahkan BNM mendapatkan penjelasan atau maklumat lanjut bagi tujuan siasatan selanjutnya.. Individu yang memilih untuk merahsiakan identiti mereka tidak akan mendapat perlindungan yang lazimnya diberikan kepada pemberi maklumat, dan keupayaan BNM untuk menyiasat kelakuan tidak wajar disyakiadalah terhad kepada kandungan laporan yang diterima oleh BNM.

Pemberi maklumat akan dimaklumkan oleh Individu Yang Ditetapkan mengenai hasil siasatan dan tindakan yang diambil, sekiranya ada, oleh pihak berkuasa disiplin yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan, majikan, atau orang lain yang berkenaan, atau Pendakwa Raya, mengikut kesesuaian kes.

Individu Ditetapkan

Individu yang Ditetapkan

Sila rujuk saluran komunikasi khusus yang telah ditetapkan dalam jadual berikut:

No.

Orang Yang DilaporkanPerson Being Reported

Individu yang Ditetapkan

Saluran Penyerahan

E-mel

Surat

1

  • Kakitangan BNM selain yang dinyatakan di bawah No. 2 & 3

  • Institusi kewangan dan kakitangan institusi tersebut

  • Vendor BNM dan kakitangannya

  • Individu lain yang disyaki tidak dikenal pasti secara khusus di bawah No. 1, 2 & 3

General Counsel

atau

Lengkapkan borang ini dan lampirkan bersama e-mel kepada General Counsel

Sila sertakan borang dan dokumen sokongan yang berkaitan ke dalam sampul surat yang dimeterai dengan label indikatif seperti "Untuk dibuka oleh [Nama Individu yang Ditetapkan] sahaja", dan dihantar kepada:

[Nama Individu yang Ditetapkan]

Bank Negara Malaysia

Jalan Dato’ Onn

50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Pengarah LINK dan Pejabat BNM

Lengkapkan borang ini dan lampirkan bersama e-mel kepada Pengarah LINK dan Pejabat BNM

2

  • Ahli Lembaga Pengarah BNM

  • Timbalan Gabenor

  • Penolong Gabenor

  • General Counsel

  • Pengarah LINK dan Pejabat BNM

Gabenor

Lengkapkan borang ini dan lampirkan bersama e-mel kepada Gabenor

3

Gabenor

Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga

Lengkapkan borang ini dan lampirkan bersama e-mel kepada Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga

* Alamat e-mel yang berkaitan dinyatakan dalam borang di bawah Notis Penting dan Bahagian G

Sila kemukakan laporan anda terhadap orang yang didakwa bersalah kepada hanya satu (1) Individu Yang Ditetapkan sahaja melalui e-mel atau alamat surat-menyurat yang dinyatakan. Pemberi maklumat dinasihatkan supaya tidak menghantar laporan yang sama kepada beberapa Individu Yang Ditetapkan untuk mengelakkan pertindihan tindakan.

Pertanyaan Am

Pertanyaan atau aduan am

Jika kandungan pendedahan adalah selain daripada “kelakuan tidak wajar”, contohnya pertanyaan am mengenai perbankan konvensional atau perbankan Islam, atau aduan mengenai produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM, orang ramai boleh menghubungi BNMLINK untuk maklumat lanjut.

Sila kunjungi laman web Pertanyaan & Aduan.


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?