iTEKAD Keusahawanan

iTEKAD Keusahawanan: Memperkasa usahawan mikro berpendapatan rendah
iTEKAD Keusahawanan bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh pengurusan kewangan dan keupayaan perniagaan bagi menjana pendapatan yang mampan. Dengan memanfaatkan instrumen pembiayaan sosial, setiap program menggabungkan: 1) modal permulaan bagi tujuan memulakan atau memperluaskan perniagaan; 2) akses kepada pembiayaan mikro; dan 3) sokongan latihan kewangan dan perniagaan yang berstruktur.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk iTEKAD: Pendekatan Ekosistem dalam Memperluas Kewangan Sosial dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2023.
Perkembangan Utama iTEKAD (setakat akhir bulan Mac 2026)
14,387
Jumlah peserta
RM94.2 juta
Dana kewangan sosial yang dikeluarkan
RM77.2 juta
Pembiayaan dan pelaburan yang telah diekeluarkan
Impak iTEKAD Keusahawanan (setakat akhir Disember 2025)
Berdasarkan sampel usahawan mikro yang telah selesai menjalani program iTEKAD
88%
Pertumbuhan perniagaan
Meningkatkan jualan bulanan
>2,400
Pekerjaan
Peluang pekerjaan baharu diwujudkan
93%
Daya tahan kewangan
Menyimpan secara purata hingga RM4,000 daripada pendapatan perniagaan bulanan
90%
Peningkatan kemahiran digital
Menjalankan jualan dan pemasaran dalam talian
Institusi Kewangan Peserta iTEKAD Keusahawanan
AEON Bank
Nama program | AEON Bank’s Growth Start Programme | Sustainable, Reliable, Income (SRI) Program |
Objektif | Menyediakan sokongan kepada usahawan mikro pada peringkat awal perniagaan mereka melalui latihan keusahawanan yang disesuaikan dengan sektor perniagaan masing-masing | Meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi ibu B40 di Selangor dengan membekalkan mereka latihan kemahiran menjahit, menyediakan alatan menjahit yang diperlukan serta perhubungan langsung kepada peluang menjana pendapatan setelah tamat program. |
Ciri pembiayaan | Sadaqah dan Ujrah AEON Bank, dan akses kepada kemudahan pembiayaan mikro (dalam proses penyediaan) | Dana CSR AEON Bank dan kemudahan pembiayaan mikro |
Proposisi nilai tambah | Program iTEKAD yang terbuka untuk membangunkan keusahawanan melalui sokongan dana dan latihan dalam pemasaran & pengoperasian digital | Sokongan disediakan melalui pembiayaan, kemahiran teknikal serta latihan dalam pemasaran digital dan literasi kewangan |
Segmen sasaran | Usahawan wanita B40 | Komuniti ibu B40 di Selangor |
Rakan pelaksana | MADCash Sdn Bhd |
|
Soalan Lazim iTEKAD Keusahawanan
1. Apakah kriteria kelayakan bagi peserta iTEKAD Keusahawanan?
Peserta iTEKAD Keushawanan merupakan bakal atau usahawan mikro sedia ada daripada segmen berpendapatan rendah. Kriteria kelayakan tambahan adalah tertakluk kepada program yang dilaksanakan oleh institusi kewangan peserta dengan kerjasama rakan pelaksana.
2. Apakah contoh kemudahan pembiayaan yang institusi kewangan peserta boleh tawarkan kepada peserta-peserta program iTEKAD masing-masing?
Institusi kewangan peserta boleh menawarkan sebarang produk pembiayaan mikro yang bersesuaian dengan keperluan golongan sasaran program iTEKAD masing-masing. Ini termasuklah produk-produk Skim Pembiayaan Mikro (SPM) yang memanfaatkan Dana Bank Negara Malaysia untuk PKS, khususnya Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)
3. Apakah aspek yang biasanya merangkumi komponen latihan berstruktur dalam iTEKAD?
Secara umumnya, komponen ini merangkumi tiga aspek:
Pembangunan kapasiti – Peserta menerima latihan dalam pengurusan kewangan dan pengurusan perniagaan, serta pengetahuan teknikal dalam sektor perniagaan masing-masing, contohnya kemahiran menjahit untuk tukang jahit
Bimbingan dan mentor – Peserta dibimbing secara rapat oleh mentor atau kumpulan sebaya untuk mengembangkan perniagaan mereka
Sokongan tambahan – Peserta disediakan peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan teknologi digital atau mendapatkan pensijilan yang berkaitan
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.




