Titik Akses Kewangan

Pelbagai saluran perbankan disediakan berdasarkan kesesuaian lokasi dan keperluan setempat

18 Nov 2026
Cawangan Bank

Cawangan bank tradisional di mana pelanggan boleh menjalankan transaksi di kaunter (OTC)

Terminal Layan Diri (SST)

Mesin Juruwang Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM) dan Mesin Kitar Semula Tunai (CRM)

Perbankan Dalam Talian

Platform berasaskan internet untuk melakukan pemindahan dana dan pembayaran bil

Perbankan Mudah Alih

Aplikasi yang membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan perbankan melalui telefon pintar

Terminal POS

Peranti yang digunakan di premis peniaga untuk pembayaran dengan kad debit

Ejen Bank

Entiti bukan bank yang diberi kuasa oleh institusi perbankan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan asas

Cawangan Bergerak

Kenderaan institusi perbankan yang menyediakan perkhidmatan perbankan terutamanya di kawasan pedalaman


fifap6

Perbankan Ejen

Ejen bank berfungsi sebagai saluran penting untuk menyediakan akses yang mudah kepada perkhidmatan kewangan di kawasan luar bandar dan pedalaman

Apakah perbankan ejen?

Perbankan ejen ialah penyediaan perkhidmatan perbankan oleh institusi kewangan berlesen kepada pelanggan melalui ejen pihak ketiga

Contoh premis ejen bank

  • Pejabat pos

  • Kedai runcit

  • Kedai telekomunikasi

  • Stesen minyak

  • Ejen insurans / takaful

  • Lain-lain: Koperasi, outlet program Kerajaan, YaPEIM Ar-Rahnu

Logo ejen bank kebangsaan

Logo ejen bank kebangsaan dan logo institusi kewangan dipamerkan dengan jelas di premis perniagaan ejen

Apakah perkhidmatan yang disediakan?*

  • Deposit & pengeluaran

  • Pemindahan dana

  • Pembayaran balik pembiayaan

  • Pembayaran bil

  • Pembukaan akaun bank

  • Perniagaan perkhidmatan wang

  • Permohonan pembiayaan

  • Mikroinsurans dan mikrotakaful

  • Tunai masuk dan tunai keluar e-wang

Transaksi dijalankan secara selamat dan masa nyata di premis perniagaan ejen.

* Mungkin berbeza mengikut ejen


fifap7

Cawangan Bergerak

Rangkaian cawangan bergerak (bank bergerak) telah diperluas untuk meluaskan lagi akses dan menyediakan perkhidmatan perbankan asas di kawasan yang sukar dicapai

Apakah cawangan bergerak?

Cawangan bergerak ialah sejenis kemudahan perbankan oleh institusi kewangan berlesen yang membawa perkhidmatan perbankan menggunakan kenderaan kepada pelanggan di kawasan yang tidak / kurang mendapat perkhidmatan.

Apakah perkhidmatan yang disediakan?*

  • Menerima deposit dan memudahkan pengeluaran dana

  • Memberikan khidmat nasihat dan memudahkan pendaftaran digital pengguna

    • Pengaktifan perbankan dalam talian buat kali pertama

    • Khidmat nasihat mengenai perbankan mudah alih

    • Pendidikan kewangan semasa menjalankan transaksi perbankan dan pembayaran digital

Transaksi dijalankan secara selamat dan masa nyata.

* Mungkin berbeza mengikut ejen

fifap8

Inisiatif ini disokong oleh Kerajaan sejak 2021 melalui peruntukan di bawah Belanjawan Negara. Langkah ini bertujuan menggalakkan bank domestik memperluas penempatan cawangan bergerak di kawasan luar bandar dan pedalaman


Titik akses kewangan fizikal[1] (FAP) kekal sebagai jambatan penting bagi pengguna yang sedang beralih kepada perkhidmatan digital. Malaysia antara yang tertinggi di rantau ini dari segi ketersediaan FAP, dengan 95% mukim[2] mendapat perkhidmatan.[3] Di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, ejen bank dan bank bergerak memainkan peranan penting dalam meluaskan akses kepada perkhidmatan perbankan asas, dengan lebih 40% mukim bergantung sepenuhnya pada perkhidmatan ini. BNM kekal komited untuk menangani keperluan mukim yang masih belum mendapat perkhidmatan.

mukimstatus


[1] FAP ialah lokasi di mana individu boleh menjalankan aktiviti perbankan asas, seperti deposit dan pengeluaran tunai. FAP boleh berbentuk cawangan bank, terminal elektronik atau ejen yang dilantik.

[2] Mukim ditakrifkan sebagai pecahan kawasan dalam sesebuah daerah pentadbiran.

[3] Mukim yang mempunyai sekurang-kurangnya satu FAP dengan fungsi tunai masuk dan tunai keluar, iaitu cawangan bank, ejen bank, terminal layan diri dan bank bergerak


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?