Petunjuk Prestasi Utama
Proses pemantauan dan penilaian yang berstruktur telah diwujudkan bagi memastikan strategi keterangkuman kewangan dalam Rangka Kerja dijejaki, dikaji semula dan diselaraskan untuk mencapai hasil yang diingini. Petunjuk prestasi utama (KPI) telah dibangunkan untuk mengukur kemajuan keterangkuman kewangan merentasi tiga tema utama: akses, penggunaan dan keupayaan.
Keupayaan untuk menggunakan perkhidmatan dan produk sesuai yang ditawarkan oleh institusi kewangan formal
Memiliki gabungan pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku kewangan yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang wajar dan seterusnya mencapai kesejahteraan kewangan individu
Akses
Keupayaan untuk menggunakan perkhidmatan dan produk sesuai yang ditawarkan oleh institusi kewangan formal
Petunjuk | Garis Asas (2023) | 2024 | Sasaran (2026) |
|---|---|---|---|
% mukim dengan populasi >2000 yang mempunyai sekurang-kurangnya satu FAP dalam jarak perjalanan 10km atau radius 5km [1] | 96% | 98% | Semua mukim |
% SST yang dilengkapi dengan Deposit Tunai Antara Bank (IBCD) | 17% | 28% | Sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah CRM |
% populasi dewasa[2] yang mempunyai akaun formal[3] | 98% | 98% | 99% |
% populasi dewasa yang mempunyai akaun deposit | 97% | 97% | 98% |
% populasi dewasa yang mempunyai akaun digital[4] | Data baharu, belum tersedia | ||
% pembiayaan PKS kepada jumlah pembiayaan perniagaan (jumlah baki belum dijelaskan) | 48.0% | 51.2% | 50% |
Kadar kelulusan pembiayaan dalam kalangan PKS | 81% | 82% | Penambahbaikan berterusan |
Kadar penembusan insurans/takaful sebagai % daripada KDNK | 4.7% (2022) | 4.4% | 4.8%–5% |
Bilangan individu yang melanggan mikroinsurans/mikrotakaful | 781,727 | 537,036 | Menggandakan bilangan pelanggan mikroinsurans/mikrotakaful berbanding 2021[5] |
% populasi dewasa yang yakin penyedia perkhidmatan kewangan akan melayan mereka secara adil | 90% (2021) | 85% | 92% |
[1] Titik Akses Kewangan (FAP) merujuk kepada tempat yang menyediakan, sekurang-kurangnya, perkhidmatan kewangan untuk menerima deposit dan memudahkan pengeluaran dana oleh pelanggan. FAP termasuk cawangan bank, unit bergerak institusi kewangan, terminal elektronik deposit dan pengeluaran serta ejen bank.
[2] Populasi dewasa merujuk kepada penduduk berumur lebih daripada 15 tahun.
[3] Akaun formal merujuk kepada akaun deposit, pembiayaan, insurans/takaful, e-dompet dan akaun digital dengan entiti yang dikawal selia.
[4] Akaun digital merujuk kepada e-wang, perbankan mudah alih dan perbankan internet.
[5] Pelanggan mikroinsurans/mikrotakaful (Perlindungan Tenang) pada 2021: 610,013
Penggunaan
Kedalaman atau tahap penggunaan perkhidmatan dan produk kewangan
Petunjuk | Garis Asas (2023) | 2024 | Sasaran (2026) |
|---|---|---|---|
% pelanggan yang mempunyai akaun deposit aktif (lebih daripada satu transaksi sebulan) | Data baharu, belum tersedia | ||
Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) pembayaran elektronik per kapita | 20.8%[1] | 26% | Lebih tinggi daripada 15% |
% akaun pembiayaan berprestasi[2] bagi isi rumah | 98.8% | 98.9% | Penambahbaikan berterusan |
[1] Data 2020 (sebelum pandemik) digunakan sebagai garis asas bagi perbandingan yang lebih realistik.
[2] Akaun berprestasi ditakrifkan sebagai akaun pinjaman dengan tunggakan selama satu bulan atau kurang.
Keupayaan
Memiliki gabungan pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku kewangan yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang wajar dan seterusnya mencapai kesejahteraan kewangan individu
Petunjuk | Garis Asas (2023) | 2024 | Sasaran (2026) |
|---|---|---|---|
Skor Kompetensi Tinjauan Antarabangsa Literasi Kewangan Dewasa OECD/INFE | 61 | Belum tersedia - 2027 | Merapatkan jurang dengan purata OECD |
Indeks Literasi dan Keupayaan Kewangan Malaysia (MYFLIC) | 59.0 (2021) | 59.1 | |
% individu yang berkongsi kata laluan/PIN akaun bank dengan pihak ketiga | 37% (2021) | 15% | |
% individu yang memberikan perhatian kepada keselamatan laman web sebelum membuat transaksi dalam talian | 38% (2021) | 39% | |
% populasi dewasa yang mampu menampung perbelanjaan sara hidup selama 3–6 bulan sekiranya kehilangan sumber pendapatan utama | 36% (2021) | 37% |
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.