eduit-bnr1

‘e-Duit! Selamat, Senang, Segera’ ialah kempen untuk mempercepat penggunaan pembayaran elektronik (e-pembayaran) di Malaysia. Kempen e-Duit melibatkan penggunaan kad pembayaran, e-dompet serta perbankan internet dan mudah alih. Melalui kempen e-Duit, industri pembayaran akan menggerakkan usaha di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran orang ramai dan membina keyakinan pengguna terhadap penggunaan e-pembayaran.

Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan lebih ramai orang akan memilih e-pembayaran sebagai medium transaksi pada masa akan datang. Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif rangkuman kewangan BNM untuk meningkatkan pendigitalan merentas semua lapisan masyarakat, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Sektor Kewangan (FSBP) 2022-2026. Melalui kempen e-Duit dan inisiatif lain oleh industri, BNM menyasarkan untuk meningkatkan bilangan transaksi e-pembayaran sebanyak sekurang-kurangnya 15% setiap tahun untuk mencapai lebih 400 transaksi e-pembayaran per kapita menjelang tahun 2026.

Selamat, Senang, Segera – gunalah e-pembayaran yang selamat, senang dan segera!


e-Duit merangkumi semua jenis e-pembayaran

Kad Pembayaran

Transaksi boleh dilakukan secara tanpa sentuh, berasaskan PIN, atau tanpa kad fizikal (card-not-present)

Perbankan Dalam Talian

Pengguna boleh melakukan pindahan dana, pembayaran bil, pembayaran kad debit/kredit, atau bayaran balik pinjaman dalam masa nyata

Pembayaran Mudah Alih

Peniaga boleh menerima pembayaran daripada pelanggan bank dan e-dompet menerusi kod QR kebangsaan


Perkembangan Utama e-Duit

Purata Transaksi e-Pembayaran

343

transaksi setiap orang pada tahun 2023

(2022: 291)

Jumlah Transaksi e-Pembayaran

11.5 billion

transaksi pada tahun 2023

(2022: 9.5 billion)

Pendaftaran QR

2.0 million

setakat akhir tahun 2023


e-Duit adalah Selamat, Senang, Segera!


Malaysia guna e-Duit!

eduitmap-oct2023

Tahukah Anda?
  • Wang boleh ditawarkan dalam bentuk kad dan rangkaian (contohnya, aplikasi)

  • Kad ATM anda juga boleh digunakan sebagai alat pembayaran

  • Anda boleh mengurangkan had transaksi tanpa sentuh anda kepada bawah RM250

  • Peniaga tidak dibenarkan untuk meminta anda mendedahkan butiran kad anda (contohnya nombor kad atau tarikh luput) semasa membuat transaksi

  • Anda boleh menggunakan akaun e-dompet yang berbeza untuk mengimbas kod QR DuitNow dan membuat pembayaran

  • Jalinan pembayaran QR rentas sempadan DuitNow membolehkan anda membuat pembayaran kepada pedagang di Indonesia, Singapura dan Thailand dengan mengimbas kod QR kebangsaan negara masing-masing

phonepayment

Soalan Lazim

Apakah itu e-Duit?

‘e-Duit! Selamat, Senang, Segera’ ialah kempen untuk mempercepat penggunaan pembayaran elektronik (e-pembayaran) di Malaysia. Kempen e-Duit ini melibatkan penggunaan kad pembayaran, e-dompet serta perbankan Internet dan mudah alih. Melalui kempen e-Duit, industri pembayaran akan menggerakkan usaha di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran orang ramai dan membina keyakinan pengguna terhadap penggunaan e-pembayaran.

Kempen e-Duit juga merupakan sebahagian daripada inisiatif rangkuman kewangan BNM untuk meningkatkan pendigitalan merentas semua lapisan masyarakat, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Sektor Kewangan (Financial Sector Blueprint, FSBP) 2022-2026. Menerusi kempen e-Duit dan inisiatif lain oleh industri, BNM menyasarkan untuk meningkatkan bilangan transaksi e-pembayaran sebanyak sekurang-kurangnya 15% setiap tahun untuk mencapai lebih 400 transaksi e-pembayaran per kapita menjelang tahun 2026.

Istilah ‘e-Duit’ terdiri daripada huruf 'e' yang bermaksud 'elektronik' dan digabungkan dengan kata 'duit', iaitu sejenis alat pertukaran yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Apakah maksud logo e-Duit?

e-Duit ialah jenis logo utama yang melambangkan pelbagai pilihan e-pembayaran seperti kad pembayaran, e-dompet serta perbankan Internet dan mudah alih. Logo ini juga membawa maksud pemerkasaan kewangan anda yang disertakan dengan slogan 3 ‘S’, iaitu ‘Selamat, Senang, Segera’.

Tiga lapisan berwarna melambangkan tiga ciri e-pembayaran:

  • Biru menandakan ketenangan dan keselamatan. Pengguna boleh berasa selamat apabila berurus niaga menggunakan e-pembayaran.

  • Kuning menggambarkan kemajuan yang positif dan harapan. Peralihan kepada e-pembayaran adalah mudah dan akan menjadikan transaksi lebih senang dibuat!

  • Merah jambu melambangkan ihsan dan rangkuman. Usaha ke arah kemajuan perlu kita gerakkan secara seiring dan bersama-sama, serta tiada sesiapa yang akan tertinggal dalam kembara e-pembayaran ini.

Apakah perbezaan antara e-Duit dengan instrumen pembayaran sedia ada seperti e-dompet?

e-Duit BUKAN instrumen pembayaran baharu yang diperkenalkan untuk transaksi pembayaran. e-Duit adalah sebuah kempen untuk menggalakkan penggunaan e-pembayaran, yang merangkumi semua perkhidmatan e-pembayaran di Malaysia, termasuk kad pembayaran, e-dompet serta perbankan Internet dan mudah alih.

Mengapa BNM dan industri kewangan memulakan kempen e-Duit?

Kempen e-Duit menyokong aspirasi negara ke arah meningkatkan penggunaan perkhidmatan kewangan digital, termasuk penggunaan e-pembayaran. FSBP menggariskan visi untuk meningkatkan penggunaan e-pembayaran secara konsisten sebanyak sekurang-kurangnya 15% setiap tahun. Kempen ini bertujuan untuk mempertingkatkan minat dan membina keyakinan dalam e-pembayaran melalui pendekatan yang diselaraskan di seluruh industri.

Apakah yang boleh saya jangkakan daripada e-Duit?

Peserta industri yang mengambil bahagian dalam kempen ini akan mengadakan aktiviti promosi, program jangkauan dan kempen pendidikan bagi mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi dan menerapkan keyakinan pengguna terhadap e-pembayaran. Perniagaan, agensi dan individu juga boleh menjangkakan insentif daripada industri kewangan bagi menggalakkan penggunaan e-pembayaran.

Siapakah penggerak e-Duit?

BNM merupakan penyelaras kempen e-Duit dengan sokongan daripada Jaringan Pendidikan Kewangan (Financial Education Network, FEN) dan peserta industri pembayaran, yang termasuk pengendali, pengeluar dan pemeroleh (acquirer) sistem pembayaran. Kempen ini juga dijalankan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan, persatuan industri, institusi kewangan individu, masyarakat tempatan dan kumpulan pengguna bagi mempromosikan pembayaran elektronik.

Bagaimanakah pihak yang berminat boleh menyertai kempen e-Duit?

We welcome all relevant parties to participate in this campaign. If you are a business owner or government agency who would like to be a part of the e-Duit campaign to promote the use of e-payment at your premises, you may contact the participating financial institutions, such as merchant acquirers or e-wallet providers. Alternatively, you may also reach out to BNMLINK via eLINK or call 1300-88-5465.

Lihat juga:

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu?