Pembayaran Runcit Domestik
Pembayaran Runcit
BNM telah melaksanakan satu set menyeluruh reformasi dasar dan struktur untuk memangkinkan penggunaan pembayaran digital. Matlamatnya ialah memajukan Malaysia ke arah landskap pembayaran digital yang lebih cekap, inklusif dan berdaya tahan.
Antara inisiatif utama yang memberi tumpuan kepada mengurangkan pergantungan terhadap cek termasuk langkah seperti memperkenalkan yuran pemprosesan cek, menetapkan sasaran pengurangan cek, dan melaksanakan mekanisme penalti yang dikaitkan dengan penggunaan cek. Secara kolektif, langkah ini telah membawa kepada penurunan penggunaan cek yang berterusan, dan melepasi sasaran pengurangan lebih awal daripada jadual. Usaha ini dilengkapi dengan inisiatif untuk mengurangkan kos pembayaran elektronik dan meluaskan pelbagai pilihan pembayaran elektronik yang ada, bagi memastikan pengguna mempunyai akses kepada penyelesaian pembayaran yang paling memenuhi keperluan mereka yang pelbagai. Bersama-sama, reformasi ini telah meletakkan asas yang kukuh bagi ekosistem pembayaran digital yang moden.
Satu pencapaian penting yang lain ialah penggabungan MEPS dan MyClear untuk membentuk Payments Network Malaysia (PayNet), pengendali sistem pembayaran kebangsaan, dengan BNM sebagai pemegang saham tunggal terbesar. Dengan membangunkan infrastruktur pembayaran kongsi, PayNet telah membolehkan bank dan pengeluar wang elektronik (EMI) memberi tumpuan kepada inovasi dan persaingan pada peringkat produk dan perkhidmatan. Ini telah memupuk kecekapan, kesalingoperasian dan inovasi yang lebih besar merentasi landskap pembayaran digital.

BNM baru-baru ini mengukuhkandokumen dasar Rangka Kerja Pemindahan Dana Saling Beroperasi (IFTF, yang sebelum ini dikenali sebagai Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Beroperasi, untuk memajukan lagi pemindahan masa nyata yang lancar antara akaun bank dan e-dompet. Melalui rangka kerja ini, industri telah mencapai bukan sahaja kesalingoperasian penuh dalam ruang pembayaran domestik tetapi juga menubuhkan Pangkalan Data Pengalamatan Kebangsaan, yang membolehkan pembayaran dibuat menggunakan proksi (seperti nombor Kad Pengenalan Negara, nombor pasport, nombor telefon). Ini telah meningkatkan kemudahan dengan ketara dengan membolehkan pengguna membuat transaksi tanpa bertukar butiran akaun. Berdasarkan asas ini, keupayaan ini telah diperluas kepada pembayaran rentas sempadan selaras dengan perkembangan dalam landskap pembayaran global.
IFTF yang dipertingkat juga berusaha menangani risiko pemecahan pasaran dengan melarang penggunaan kod QR proprietari yang boleh menjejaskan kesalingoperasian dan mengehadkan pilihan pelanggan. Pada masa yang sama, rangka kerja ini memudahkan akses yang lebih luas kepada infrastruktur pembayaran kongsi yang dikendalikan oleh PayNet bagi peserta bukan sektor kewangan yang dapat menunjukkan proposisi nilai yang kukuh, seterusnya memupuk inovasi lanjut dan mengembangkan kesan rangkaian merentasi ekosistem.
Pembayaran Borong
Migrasi kepada ISO 20022
Dengan kerjasama industri, BNM telah mempelopori migrasi RENTAS kepada piawaian ISO 20022 untuk meningkatkan kecekapan pembayaran, memudahkan pengurusan risiko yang lebih baik dan menawarkan perkhidmatan nilai tambah kepada pengguna akhir.
Peserta RENTAS telah menggunakan sepenuhnya piawaian pemesejan baharu bagi transaksi pembayaran domestik sejak Julai 2024.
Industri telah melengkapkan penggunaan ISO 20022 bagi jenis mesej utama di bawah transaksi pembayaran rentas sempadan sejak 2025.
Strategi pemodenan RENTAS
Kertas Strategi Pemodenan RENTAS menggariskan pelan untuk memodenkan RENTAS dan menyediakan infrastruktur untuk masa depan dengan mempertingkat daya tahan, kecekapan dan kesalingoperasiannya. Dengan menggariskan hala tuju transformasi yang jelas, ia bertujuan menampung keperluan landskap pembayaran yang sentiasa berkembang, memastikan RENTAS kekal teguh, sesuai dengan tujuannya dan mampu menyesuaikan diri dengan cabaran dan peluang yang muncul.
Tiga inisiatif utama bagi pemodenan RENTAS:

RENTAS+: Penyelesaian hampir masa nyata bagi pembayaran runcit
Sebagai sebahagian daripada strategi pemodenan RENTAS, BNM melancarkan RENTAS+ pada 29 September 2025 untuk pelaksanaan secara langsung. RENTAS+ membolehkan penyelesaian hampir masa nyata (NRTS) bagi transaksi RPP secara 24 x 7 x 365, dengan setiap transaksi diselesaikan secara individu dan hampir serta-merta. Ia menggantikan model penyelesaian bersih tertunda (DNS), yang mana penyelesaian antara bank dilakukan secara bersih mengikut kitaran penyelesaian tertentu (rujuk rajah di bawah). Dari perspektif pengguna, pengalaman pembayaran kekal tidak berubah.
Walau bagaimanapun, penyelesaian di bahagian belakang antara bank kini lebih pantas dan lebih boleh dipercayai, mengukuhkan keyakinan bahawa pembayaran akan diselesaikan tepat pada masanya. Peningkatan ini mengurangkan risiko kredit dan kecairan bagi institusi kewangan dengan ketara.

Pautan Pembayaran Rentas Sempadan
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, BNM telah mempergiatkan usaha untuk meningkatkan kecekapan pembayaran runcit rentas sempadan, didorong bukan sahaja oleh pertimbangan ekonomi tetapi juga oleh jangkaan pengguna bahawa pembayaran rentas sempadan hendaklah sepantas, semampu dan selancar transaksi domestik. Usaha ini berusaha menangani titik kesukaran utama dalam pembayaran runcit rentas sempadan, seperti (i) kos yang tinggi, (ii) kelajuan yang rendah, (iii) kebolehcapaian yang rendah dan (iv) kekurangan ketelusan. Satu inisiatif utama ialah memautkan Platform Pembayaran Runcit masa nyata Malaysia (RPP/DuitNow) dengan sistem pembayaran masa nyata (RTP) di negara ASEAN yang lain. Inisiatif ini dijangka menyokong aktiviti ekonomi rentas sempadan demi manfaat rakyat Malaysia dalam bidang seperti perdagangan, pelaburan, pelancongan dan kiriman wang.
Sehingga 2026, Malaysia telah menjalin pautan pembayaran QR dua hala dengan Thailand, Indonesia, Singapura dan Kemboja. Di samping itu, Malaysia menyokong penerimaan pembayaran QR masuk dari China dan Korea Selatan (melalui pengaturan komersial) dan pelbagai bidang kuasa lain (melalui rangkaian Alipay+).
Selain pembayaran runcit, pautan pemindahan peer-to-peer (P2P) yang pertama juga telah dijalin antara Malaysia dan Singapura pada November 2023. Ia membolehkan pemindahan dana P2P rentas sempadan segera melalui DuitNow Malaysia dan PayNow Singapura dengan hanya menggunakan proksi seperti nombor telefon tempatan penerima.
Untuk menangani cabaran dalam meluaskan pautan pembayaran dua hala, BNM dan PayNet telah bekerjasama dengan Hab Inovasi BIS (BISIH), serta bank pusat lain dan pengendali RTP di bidang kuasa lain untuk menguji kebolehlaksanaan model sambungan pembayaran pelbagai hala melalui kerjasama yang dipanggil Projek Nexus.
Projek Nexus bermula dengan latihan bukti konsep (POC) teknikal selama setahun yang dilengkapkan pada Disember 2022. Berdasarkan itu, projek ini maju ke arah pelaksanaan secara langsung, dengan penubuhan Nexus Global Payments (NGP), sebuah syarikat berhad menurut jaminan (CLBG) untuk menyelia pengoperasian skim Nexus dan pelantikan Pengendali Teknikal Nexus (NTO) yang bertanggungjawab membina, mengendalikan dan menyelenggara infrastruktur Nexus.
Projek ini juga telah berkembang, dengan Indonesia menyertai sebagai bidang kuasa penyertai keenam. Rancangan sedang dijalankan untuk BNM, bersama bank pusat dari India, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand, melancarkan transaksi Nexus langsung yang pertama pada 2027.
1. Pautan pembayaran dua hala (Berterusan)
Senarai Pautan Pembayaran Langsung
melalui pengaturan Kerajaan-ke-Kerajaan (G2G):

TH
(QR)

SG
(QR, P2P)

ID
(QR)

KH
(QR)
Dengan rancangan untuk meluaskan pautan dengan Filipina, India, dan lain-lain.
Melalui pengaturan komersial:

CH
(QR inbound, via Alipay+, CCB, UnionPay and WeChat Pay)

KR
(QR inbound, via BC Card)

Alipay+
(QR inbound, with multiple countries incl. Japan, South Korea)
Memanfaatkan sistem pembayaran masa nyata untuk membolehkan pautan pembayaran rentas sempadan bagi QR dan P2P
2. Pautan pembayaran pelbagai hala – Projek Nexus (2022 – berterusan)
Ahli Pengasas Nexus
Tumpuan kini ialah membangunkan tindanan teknologi Nexus, memperhalusi model komersial, dan membawa masuk pemain industri ke dalam Nexus
Entiti yang memiliki dan menguruskan Skim Nexus – ditubuhkan pada Mac 2025
Membina atas pautan pembayaran dua hala yang sedang berjalan di Asia tetapi menggunakan model yang lebih boleh diskalakan.
Kerjasama antara NGP (pada mulanya diterajui oleh Hab Inovasi BIS), BNM dan 5 bank pusat Asia yang lain dengan lebih banyak bidang kuasa akan menyusul.
Maklumat lanjut mengenai Projek Nexus boleh didapati di sini: https://www.nexusglobalpayments.org
Pembayaran Baharu
Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC) dan Aset Digital
Memajukan pendigitalan sektor kewangan ialah teras strategik utama di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan(FSBP) 2022-2026 . Ini termasuk meneroka potensi teknologi lejar teragih (iaitu rantaian blok) untuk menyediakan sistem kewangan bagi masa depan dengan mendorong inovasi dan kecekapan.

Dalam ruang ini, terdapat pelbagai jenis aset digital. Banyak aset digital hari ini menggunakan teknologi lejar teragih (iaitu rantaian blok) sebagai teknologi asasnya.
Jenis aset digital yang lebih dikenali termasuk mata wang digital bank pusat (CBDC) dan mata wang kripto. Aset digital dijangka memperoleh momentum selanjutnya, didorong oleh penggunaan tokenisasi aset yang semakin meningkat.

BNM telah memulakan beberapa projek untuk memahami potensi CBDC dan cara ia boleh diaplikasikan untuk menyediakan sistem kewangan Malaysia bagi masa depan. Ini termasuk penggunaan bagi pasaran kewangan borong dan pembayaran rentas sempadan. Ini melengkapkan usaha lain BNM untuk memodenkan RENTAS dan Sistem Automatik Sepenuhnya bagi Pengeluaran/Tender (FAST).

Untuk butiran lanjut mengenai Projek Dunbar, rujuk: Project Dunbar
Untuk butiran lanjut mengenai Projek Mandala, rujuk: Project Mandala
Untuk butiran lanjut mengenai Projek Rialto, rujuk Project Rialto
Regulatory Purview of BNM and the SC on Digital Assets
Malaysia is an early mover in providing regulatory clarity on digital assets. The Securities Commission (SC) regulates digital assets that are designated as securities.
BNM works closely with the SC with a clear focus on BNM’s mandate to ensure monetary and financial stability. Specific areas under BNM’s purview include payments, AML/CFT and foreign exchange policies.
For the avoidance of doubt, in Malaysia, cryptoassets are not recognised as legal tender and are not a regulated payment instrument under BNM.

Hab Inovasi Aset Digital
Hab Inovasi Aset Digital (DAIH) ditubuhkan pada Jun 2025 sebagai sebahagian daripada usaha BNM untuk menyokong pendigitalan sektor kewangan Malaysia dengan memupuk inovasi yang bertanggungjawab dalam ruang aset digital.
DAIH berfungsi sebagai platform kolaboratif bagi BNM bersama institusi kewangan yang dikawal selia dan penyedia perkhidmatan sektor swasta yang lain untuk meneroka penggunaan teknologi baru muncul yang bertanggungjawab seperti rantaian blok dan tokenisasi bagi aplikasi dunia sebenar dalam sektor kewangan.
Ini termasuk menyokong pengujian penyelesaian inovatif baharu dengan tujuan memaklumkan pembangunan utiliti bertaraf pengeluaran pada masa hadapan dan potensi penambahbaikan undang-undang dan kawal selia. Walaupun kemasukan ke dalam DAIH tidak secara langsung menjamin laluan kepada pelesenan, pandangan daripada eksperimen ini akan membantu membentuk pembangunan dasar, mengenal pasti jurang kawal selia, dan memandu hala tuju masa depan peraturan aset digital di Malaysia.
Di bawah DAIH, BNM telah menubuhkan Kumpulan Kerja Tokenisasi Aset sebagai platform pembangunan keupayaan dalam kalangan institusi perbankan untuk memajukan kes penggunaan tokenisasi bagi sektor kewangan, mengukuhkan keupayaan industri, dan menyokong pembangunan kawal selia pada masa hadapan. Di samping itu, BNM juga telah mengeluarkan Kertas Perbincangan mengenai Tokenisasi Aset untuk memandu industri dalam meneroka tokenisasi.
Memupuk Kesedaran dan Keyakinan
Kesedaran orang ramai ialah pemboleh utama dalam memajukan penggunaan pembayaran digital. BNM memanfaatkan penjangkauan di lapangan dan platform media sosial untuk meluaskan penglibatan, disokong oleh program perkongsian awam-swasta untuk memaksimumkan jangkauan dan kesan. Usaha kami tertumpu kepada dua bidang utama iaitu
a. Menonjolkan manfaat pembayaran digital dan
b. Menggalakkan penggunaan pembayaran digital yang selamat.
e-Duit
Di bawah fokus pertama, inisiatif dilaksanakan di bawah payung e-Duit dengan slogan "Selamat, Mudah dan Pantas" untuk mengukuhkan penggunaan yang positif. Sejak beberapa tahun lalu, BNM, pemain industri dan agensi kerajaan yang berkaitan telah menjalankan lebih 100 kempen dan program e-Duit di seluruh negara, dan berjaya membawa masuk lebih 10,000 pedagang termasuk perusahaan mikro di kawasan luar bandar untuk menerima pembayaran elektronik, sekali gus meluaskan titik sentuh penerimaan pembayaran elektronik di seluruh negara. Ini diterjemahkan kepada penggunaan pembayaran elektronik yang lebih tinggi di Malaysia, selaras dengan aspirasi yang digariskan dalam Pelan Induk Sektor Kewangan (FSBP) 2022-2026.
Maklumat lanjut mengenai e-Duit boleh didapati di sini:
Menangani Penipuan
Fokus kedua tertumpu kepada meningkatkan kesedaran dan memberikan amaran tepat pada masanya mengenai penipuan kewangan. Ini amat penting memandangkan taktik penipuan semakin canggih ketika penggunaan pembayaran digital yang meluas. Memandangkan sama pentingnya bagi pengguna untuk sentiasa berwaspada terhadap penipuan kewangan dalam talian, BNM bertujuan membina barisan pertahanan yang kukuh dengan memperkasakan pengguna dengan pengetahuan untuk mengesan, mengelak dan melaporkan aktiviti yang mencurigakan.
Elakkan menjadi mangsa; ketahui lebih lanjut mengenai penipuan kewangan:
Cara mengenal pasti saluran perniagaan perkhidmatan wang (MSB) yang diberi kebenaran?
Sebagai sebahagian daripada tumpuan BNM untuk mengukuhkan perlindungan pengguna dan memastikan orang ramai hanya berurusan dengan pemain MSB yang diberi kebenaran, BNM telah menghendaki pemegang lesen MSB memaparkan dokumen berikut di premis mereka:
Lesen yang dikeluarkan oleh BNM atau sijil pelantikan sebagai ejen MSB yang dikeluarkan oleh prinsipal berlesen; dan
Logo keahlian Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB)

Berwaspada terhadap pengendali MSB tidak berlesen
Jangan sekali-kali menggunakan perkhidmatan MSB pengendali tidak berlesen kerana ia mungkin menimbulkan risiko seperti:
Tiada jaminan bahawa dana yang dikirim akan sampai kepada benefisiari yang dimaksudkan;
Tiada hak untuk bayaran balik jika pengendali gagal menunaikan transaksi; dan
Tiada akses kepada saluran rasmi untuk membuat aduan terhadap pemain tidak berlesen