Biasiswa

Bank Negara Malaysia (BNM) komited dalam membangunkan bakat terbaik Malaysia menerusi program biasiswa kami. Penerima biasiswa kami akan memperoleh akses ke universiti terkemuka, mengikut senarai yang diluluskan BNM, untuk mendapat pengalaman belajar yang terbaik, dalam bidang Ekonomi, Perakaunan dan Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Sains Komputer dan Undang‑undang.

Selain kecemerlangan akademik, BNM turut mencari individu yang memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi serta kemahiran interpersonal dan komunikasi yang cemerlang.

Para penerima biasiswa juga akan mendapat manfaat daripada peluang pembangunan holistik, termasuk penglibatan berkala dan sokongan berterusan daripada BNM, serta program latihan industri yang berstruktur semasa cuti musim panas. Melalui program ini, BNM berhasrat untuk melengkapkan para penerima biasiswa dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kewangan negara.

BNM menawarkan dua jenis biasiswa:


Kenali Penerima Biasiswa Kami


Cara Memohon

Maklumat Penting

Dengan menghantar permohonan, anda membuat pengisytiharan yang anda telah membaca, memahami, dan menerima Notis Akta Perlindungan Data Peribadi (2010) dan memberi kami kebenaran penuh untuk memproses maklumat peribadi dan data sensitif anda.


Soalan Lazim Biasiswa

1. Apakah yang ditawarkan kepada pemohon yang berjaya melalui biasiswa ini?

Biasiswa Bank akan membiayai perbelanjaan termasuk yuran pengajian, tiket penerbangan pergi balik (hanya kepada pelajar luar negara), elaun sara diri dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.

2. Bagaimanakah cara untuk menghantar permohonan?

Untuk menghantar permohonan, klik pautan ‘Mohon di sini’ pada bahagian akhir setiap segmen Biasiswa untuk memulakan proses permohonan.

3. Perlukah saya memberikan dokumen sokongan pada peringkat ini?

Anda tidak perlu memberikan dokumen sokongan pada peringkat ini tetapi jika anda disenarai pendek untuk temu duga, anda perlu membawa dokumen, sijil dan transkrip asal yang berkaitan.

4. Saya tidak mempunyai keputusan peperiksaan SPM kerana saya belajar di luar negara. Adakah saya masih layak untuk memohon?

Kami akan mempertimbangkan keputusan peperiksaan cemerlang seperti yang disenaraikan dalam syarat-syarat Biasiswa Sarjana Muda dan Pascasiswazah di atas.

5. Saya sedang mengikuti pengajian A-Level dan akan menduduki peperiksaan pada bulan Jun tahun ini. Keputusan peperiksaan yang manakah perlu saya berikan?

Anda boleh memberikan keputusan Advanced Subsidiary (AS) dan bukan keputusan percubaan anda.

6. Adakah Biasiswa Bank terhad kepada bidang tertentu sahaja?

Bidang pengajian pemohon perlu berkaitan dengan urusan dan aktiviti teras Bank: Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-undang, Sains Data dan Sains Komputer.

7. Universiti manakah yang dianggap sesuai untuk pengajian sarjana muda dan pascasiswazah?

Program biasiswa disediakan untuk pengajian di universiti tempatan dan luar negara. Sila rujuk senarai terkini seperti yang terdapat pada tab utama Biasiswa Sarjana Muda Kijang yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

8. Apakah langkah-langkah yang terdapat dalam proses pemilihan?

Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil ke pusat penilaian untuk dinilai dari aspek kesesuaian, ketekunan, kemahiran interpersonal dan komunikasi, komitmen, kerja berpasukan serta aptitud.

9. Berapa banyakkah biasiswa Bank yang ditawarkan setiap tahun?

Jumlah biasiswa yang ditawarkan setiap tahun adalah berbeza kerana bergantung pada kualiti permohonan yang diterima dan kesesuaian pemohon bagi setiap kategori.

10. Apakah gred minimum yang perlu saya peroleh sepanjang pengajian?

Bank akan membincangkan gred minimum yang pemegang biasiswa perlu peroleh untuk meneruskan penerimaan biasiswa.

11. Saya terlepas tarikh tutup permohonan. Adakah saya masih boleh menghantar permohonan sekarang?

Permohonan selepas tarikh tutup yang dinyatakan tidak akan diterima. Sekiranya anda memenuhi keperluan minimum, anda sangat digalakkan untuk memohon pada tahun hadapan.

12. Saya telah memohon tahun lepas dan tidak berjaya. Jika saya memohon semula, adakah permohonan saya akan dipertimbangkan?

Semua permohonan adalah permohonan baharu. Oleh itu, permohonan anda akan dipertimbangkan jika memenuhi syarat yang dinyatakan.

13. Adakah program biasiswa yang ditawarkan oleh Bank dibuka hanya untuk warganegara Malaysia sahaja?

Ya, program biasiswa yang ditawarkan oleh Bank hanya terbuka kepada warganegara Malaysia.

14. Adakah saya terikat dengan Bank atau perlu bekerja di Bank selepas menamatkan pengajian?

Ya, anda akan terikat dengan Bank mengikut nisbah 1 tahun pengajian: 2 tahun perkhidmatan dengan Bank. Contohnya, selepas menamatkan pengajian sarjana muda selama tiga (3) tahun dengan tajaan Bank, anda perlu berkhidmat dengan Bank selama enam (6) tahun.

15. Kepada siapakah saya boleh ajukan soalan-soalan lanjut?

Sila e-melkan soalan anda kepada profiling@bnm.gov.my.


Peluang-peluang Lain

Program Graduan Kijang
Latihan Industri
Jawatan Kosong

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?