Amaran Penipuan: Waspada terhadap video 'deepfake' yang menyamar sebagai pegawai kanan BNM
Awas dengan pemalsuan identiti menggunakan teknologi deepfake dan penyamaran!
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tidak akan sekali-kali mempromosikan atau mengesyorkan skim pelaburan persendirian. Sentiasa sahkan maklumat melalui sumber rasmi sebelum membuat sebarang pelaburan.
Sekiranya anda menemui kandungan yang didakwa berasal daripada pihak pengurusan kanan BNM atau SC yang mempromosikan produk pelaburan atau kewangan:
1. Sahkan maklumat menerusi saluran rasmi terlebih dahulu sebelum bertindak atau berkongsi kandungan tersebut:
-
Layari bnm.gov.my/sahkan untuk melihat contoh kandungan deepfake dan penyamaran yang menggunakan nama atau identiti BNM.
-
Semak Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM atau Senarai Amaran Pelabur SC untuk mengetahui sama ada entiti atau skim tersebut telah dikenal pasti atau diketengahkan sebagai amaran oleh pihak berkuasa.
-
Sahkan sama ada entiti tersebut dibenarkan untuk menawarkan produk kewangan atau pelaburan melalui BNMLINK atau laman sesawang Semak Sebelum Labur SC.
-
Ikuti laman Facebook Amaran Scam untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penipuan serta tip-tip untuk mengelakkannya.
2. Laporkan kandungan yang mencurigakan kepada platform media sosial yang berkaitan, atau kepada BNM atau SC, bagi membantu membendung penyebarannya.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.

