Bank Domestik yang Penting Dari Segi Sistemik (D-SIB): Penilaian Tahunan 2026
Bank Negara Malaysia (BNM) telah melengkapkan penilaian tahunan bank domestik yang penting dari segi sistemik (domestic systemically important banks, D-SIB) berdasarkan data setakat akhir tahun 2025. Penilaian tersebut menunjukkan bahawa senarai kumpulan perbankan yang dikenal pasti sebagai D-SIB serta keperluan penyerapan kerugian yang lebih tinggi (higher loss absorbency, HLA) yang terpakai kepada semua kumpulan perbankan tersebut kekal tidak berubah.
Pada masa hadapan, BNM akan memaklumkan tentang keputusan penilaian tahunan D-SIB melalui notis, kecuali dinyatakan sebaliknya.
D-SIB | Keperluan HLA |
Malayan Banking Berhad | 1.0 |
CIMB Group Holdings Berhad | |
Public Bank Berhad | 0.5 |
Sila rujuk D-SIB Framework Policy Document untuk maklumat lanjut tentang rangka kerja tersebut.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.