Dokumen Dasar Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital (e-KYC)
Dokumen dasar ini menetapkan keperluan dan panduan oleh BNM yang disemak semula dalam melaksanakan penyelesaian Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital (electronic know-your-customer, e-KYC) untuk proses kemasukan individu dan orang yang sah di sisi undang-undang ke sektor kewangan.
Keperluan dan panduan yang disemak dalam dokumen dasar ini bertujuan untuk menampung kemajuan dalam teknologi untuk memudahkan penggunaan penyelesaian e-KYC yang selamat dan terpelihara untuk kedua-dua individu dan orang yang sah di sisi undang-undang, sambil memelihara integriti sistem kewangan.
Sebagai tambahan, BNM juga telah menyemak dokumen Soalan Lazim untuk memberikan penjelasan kepada soalan biasa berhubung dengan keperluan dasar yang disemak.
Tarikh Penerbitan
15 April 2024
Tarikh Kuat Kuasa
15 April 2024
Jabatan Penerbit
Jabatan Pembangunan Kewangan dan Inovasi
Terpakai kepada:
1. Bank berlesen
2. Bank pelaburan berlesen
3. Bank Islam berlesen
4. Penanggung insurans hayat berlesen
5. Pengendali takaful keluarga berlesen
6. Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan
7. Perniagaan perkhidmatan wang berlesen
8. Pengeluar yang diluluskan bagi instrumen pembayaran yang ditetapkan dan instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan
Dokumen
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.