Dokumen Dasar mengenai Kewangan Terbuka

17 Nov 2026 Notis Umum

Dokumen dasar ini menetapkan rangka kerja pengawalseliaan Bank Negara Malaysia bagi kewangan terbuka (open finance). Dokumen dasar ini bertindak sebagai rangka kerja asas untuk memudahkan perkongsian maklumat pelanggan berdasarkan persetujuan pelanggan dalam sektor kewangan secara selamat, terbuka, mudah diakses, saling beroperasi dan tepat pada masanya.

Sehubungan dengan itu, dokumen dasar ini menetapkan keperluan dan kehendak berhubung dengan perkara-perkara yang berikut, iaitu antara lain:

  • skop penyertaan dan maklumat pelanggan yang perlu dikongsi menerusi kewangan terbuka;

  • garis masa pelaksanaan bagi penyertaan mandatori dan perkongsian maklumat pelanggan;

  • pengurusan persetujuan pelanggan yang termasuk mendapatkan, memantau, memperbaharui dan membatalkan persetujuan;

  • langkah perlindungan dan kawalan bagi melindungi maklumat pelanggan; dan

  • pengurusan risiko teknologi dan risiko siber yang berkaitan dengan kewangan terbuka.

Kewangan terbuka memberi pelanggan kawalan yang lebih tinggi terhadap cara maklumat kewangan dikongsi melalui parameter persetujuan yang jelas, disokong oleh rangka kerja perkongsian data yang lebih selamat dan mengikut piawaian. BNM akan terus menetapkan keperluan pengawalseliaan yang jelas bagi memastikan perkongsian data yang selamat dan bertanggungjawab.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai agenda inovasi BNM dan inisiatif berkaitan, layari bnm.gov.my/innovation. 

 

Tarikh Penerbitan
17 November 2026 

Tarikh Kuat Kuasa
17 November 2026 

Jabatan Penerbit
Jabatan Pembangunan dan Inovasi Kewangan 

Dokumen


Bank Negara Malaysia
17 November 2026

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?