Dokumen Dasar mengenai Rangka Kerja Platform Dagangan Elektronik
Dokumen Dasar Rangka Kerja Platform Dagangan Elektronik (Electronic Trading Platforms, ETP) menggariskan keperluan dan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap peserta pasaran yang menyediakan perkhidmatan ETP dalam pasaran kewangan borong Malaysia, khususnya pasaran wang dan pertukaran asing.
Pengendali platform yang layak dikehendaki mendapatkan kelulusan BNM sebelum menawarkan perkhidmatan tersebut di Malaysia. Pengendali yang menawarkan perkhidmatan dagangan elektronik bagi instrumen yang berada di luar skop dokumen dasar ini hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan, jika berkenaan.
Susulan penerbitan dokumen dasar Rangka Kerja ETP yang asal pada tahun 2019, dokumen ini telah disemak secara berterusan dengan mengambil kira maklum balas daripada industri dan peserta pasaran berhubung perkara berkaitan ETP bagi memastikan rangka kerja ini kekal relevan.
Tarikh penerbitan: 26 Oktober 2026
Tarikh kuat kuasa: 1 November 2026
Jabatan penerbit: Operasi dan Pembangunan Pasaran
Dokumen:
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.