Jepun dan Malaysia Menandatangani Pengaturan Swap Dua Hala Ketiga

15 Sep 2026 Siaran Akhbar

Jepun dan Malaysia telah menandatangani Pengaturan Swap Dua Hala (Bilateral Swap Arrangement, BSA)[1] yang ketiga dengan jumlah pengaturan swap sehingga USD6 bilion.

Perjanjian tersebut ditandatangani antara Bank of Japan (BOJ), yang bertindak bagi pihak Menteri Kewangan Jepun, dengan Bank Negara Malaysia (BNM). Perjanjian ini berkuat kuasa pada 18 September 2026.

Jepun dan Malaysia bersetuju bahawa BSA ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara serta mempertingkatkan kestabilan kewangan serantau.

Bank Negara Malaysia
Bank of Japan

15 September 2026

[1] BSA ialah pengaturan dua hala yang membolehkan kedua-dua pihak membuat pertukaran mata wang tempatan masing-masing kepada dolar AS. Pengaturan ini juga membolehkan BNM menukar ringgit Malaysia kepada yen Jepun.


Bank Negara Malaysia
15 September 2026

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?