Kementerian Kewangan Jepun dan BNM Menandatangani Memorandum Kerjasama untuk Menggalakkan Penyelesaian dalam Mata Wang Tempatan

15 Sep 2026 Siaran Akhbar

Kementerian Kewangan Jepun dan Bank Negara Malaysia telah menandatangani Memorandum Kerjasama (Memorandum of Cooperation, MoC) bagi membangunkan rangka kerja kerjasama untuk menggalakkan penyelesaian perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.

Melalui MoC ini, kedua-dua pihak berkuasa mencapai persetujuan mengenai inisiatif untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga rentas sempadan yang layak. Kerjasama ini akan diperkukuh melalui perkongsian maklumat serta perbincangan secara berkala antara pihak berkuasa Jepun dengan pihak berkuasa Malaysia.

Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh kerjasama kewangan dua hala antara Jepun dengan Malaysia. Kedua-dua pihak berkuasa yakin bahawa inisiatif ini akan memberikan sumbangan positif ke arah mengeratkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Bank Negara Malaysia
Kementerian Kewangan Jepun

15 September 2026


Bank Negara Malaysia
15 September 2026

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?