Lelongan Wang Kertas Ringgit dengan Nombor Siri Khas Secara dalam Talian
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan lelongan wang kertas ringgit dengan nombor siri khas secara dalam talian yang akan dibuka dari 11 hingga 18 April 2026. Lelongan ini akan dikendalikan oleh jurulelong yang dilantik oleh BNM, iaitu MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP). Bidaan boleh dibuat melalui pautan ini. MNP akan mengadakan sesi Lelongan Secara Langsung secara dalam talian pada 18 April 2026 (Sabtu) mulai pukul 11:00 pagi.
Wang kertas ringgit dengan nombor siri khas akan dilelong, seperti set 10 wang kertas terawal (contohnya DD0000001-0000010) dan nombor super solid dengan awalan berulang (contohnya QQ8888888).
Pendaftaran dan bidaan dalam talian boleh dibuat melalui www.best2bid.com. Maklumat lanjut mengenai lelongan boleh didapati melalui laman sesawang MNP iaitu www.mnp.com.my atau talian khidmat pelanggan MNP iaitu 017-400 6661.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.