Mekanisme Penggenapan Bagi Pembayaran Di Kaunter Diperkenalkan

13 Nov 2007 Siaran Akhbar

Kerajaan Malaysia mengumumkan pengenalan Mekanisme Penggenapan kepada 5 sen terdekat untuk pembayaran yang dibuat di kaunter pembayaran yang akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2008 .

Mekanisme Penggenapan ini hanya diterima pakai untuk jumlah keseluruhan bil dan bukan bagi setiap unit barangan . Dalam pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini, jumlah keseluruhan bil termasuk cukai yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen yang terdekat, manakala 3, 4, 8 dan 9 sen akan dinaikkan kepada 5 sen yang terdekat.

Jadual di bawah menggambarkan bagaimana Mekanisme Penggenapan dilaksanakan:

Bil berakhir dengan sen Penggenapan kepada 5 sen terdekat Jumlah Keseluruhan Bil
Jumlah keseluruhan bil sebelum penggenapan (RM) Jumlah keseluruhan bil selepas penggenapan (RM)
1,2 Turun 82.01
82.02
82.00
3,4 Naik 82.03
82.04
82.05
6,7 Turun 82.06
82.07
82.05
8,9 Naik 82.08
82.09
82.10

Pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini akan memberikan faedah kepada pengguna dan peniaga. Bagi orang ramai, pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan lebih mudah manakala para peniaga akan dapat mengurangkan kos pengendalian.

Dengan pengenalan mekanisme penggenapan ini, permintaan terhadap duit syiling 1 sen akan berkurang. Walau bagaimanapun, duit syiling 1 sen masih sah diperlakukan untuk pembayaran barangan dan perkhidmatan.

 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna


Bank Negara Malaysia
13 November 2007

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?