Penalti Monetari Pentadbiran Dikenakan terhadap 13 Perniagaan Perkhidmatan Wang Berlesen

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Rabu, 25 Februari 2026
25 Feb 2026 Notis Umum

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (Administrative Monetary Penalty, AMP)[1] antara RM1,500 hingga RM2,000 terhadap13 pemegang lesen Perniagaan Perkhidmatan Wang (Money Services Business, MSB) berikutan kegagalan untuk memenuhi keperluan dana modal minimum (minimum capital fund, MCF)[2]. AMP masing-masing dikenakan antara bulan Julai hingga Disember 2025.

  1. Foo In Sdn. Bhd.
  2. Starling Peak International Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Hijarah Traders Sdn. Bhd.)
  3. Tukaran Baik Sdn. Bhd.
  4. DB Global Exchange Sdn.
  5. Best Rate Galaxy Sdn. Bhd.
  6. First Million Avenue Sdn. Bhd.[3]
  7. Popular Forex Sdn. Bhd.
  8. Kabir Exchange Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Cendral Sdn. Bhd.)
  9. Mubarak Forex Exchange Sdn. Bhd.
  10. True Ringgit Sdn. Bhd.
  11. Alif Money Changer Sdn. Bhd.
  12. Heng Loong Money Changer Sdn. Bhd.
  13. Chop Soon Sheng Sdn. Bhd.

Mengekalkan dana modal yang mencukupi adalah sangat penting untuk kesinambungan dan kemampanan perniagaan bagi memenuhi permintaan orang ramai terhadap perkhidmatan MSB.

Dalam menentukan jumlah AMP, bilangan ketidakpatuhan dan rekod pematuhan terdahulu oleh pemegang lesen MSB telah diambil kira.

Kesemua 13 pemegang lesen MSB telah membayar AMP masing-masing yang dikenakan oleh BNM dan telah mengambil langkah pemulihan untuk meningkatkan dana modal.

Tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah selaras dengan pendekatan dan proses yang digariskan dalam Pendekatan Penguatkuasaan.

BNM menghendaki semua pemegang lesen untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan undang-undang dan pengawalseliaan. BNM akan mengambil tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan yang sesuai sekiranya terdapat mana-mana pemegang lesen yang gagal memenuhi keperluan undang-undang dan/atau pengawalseliaan.


[1] BNM mengenakan AMP menurut seksyen 75(2)(b) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Money Services Business Act 2011, MSBA).

[2] Keperluan ini ditetapkan di bawah seksyen 22(1) MSBA.

[3] First Million Avenue Sdn. Bhd. telah menyerahkan kembali lesennya sebagai MSB berkuat kuasa 31 Oktober 2025 dan sejak daripada itu telah beroperasi sebagai ejen MSB yang diluluskan.


Bank Negara Malaysia
25 Februari 2026

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?