Penyataan Mengenai Keperluan Rizab Berkanun (SRR)
Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Securities, MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Investment Issues, MGII) boleh digunakan oleh institusi perbankan untuk memenuhi pematuhan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) sepenuhnya mulai 16 Mei 2020. Fleksibiliti ini diberikan sehingga 31 Mei 2021. Langkah ini akan menambah kira-kira RM16 bilion mudah tunai ke dalam sistem perbankan. Nisbah SRR kekal tidak berubah pada 2.00%.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Bank Negara Malaysia bagi memastikan mudah tunai adalah mencukupi untuk menyokong aktiviti pengantaraan kewangan.
SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari. Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) ialah satu-satunya penunjuk pendirian dasar monetari yang diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.