Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2026
![]() |
Buletin Suku Tahunan BNM memberikan penilaian suku tahunan mengenai perkembangan ekonomi, monetari dan kewangan Malaysia. Penilaian ini termasuk penilaian mutakhir oleh Bank Negara Malaysia berhubung dengan hala tuju ekonomi pada masa hadapan. Buletin ini juga memberikan pemahaman tentang isu ekonomi dan kewangan semasa, termasuk sorotan penting berkaitan dengan inisiatif dasar yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia dalam memenuhi mandatnya. |
(Klik pada gambar untuk besarkan)
Sorotan Penting bagi S2 2026
- Pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh sebanyak 6% (S1 2026: 5.4%)
- Inflasi keseluruhan meningkat kepada 1.9% (S1 2026: 1.6%)
- Keadaan pasaran pekerja kekal menggalakkan
- Ringgit kekal stabil secara amnya berbanding mata wang rakan dagangan utama pada suku kedua
Note: Sebagai sebahagian daripada usaha Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempertingkatkan komunikasi mengenai hal-ehwal kestabilan kewangan, Jadual 7 dan Jadual 8 dalam bahagian Tambahan Buletin Suku Tahunan telah diperluaskan bagi merangkumi lebih banyak penunjuk utama yang mencerminkan tahap kestabilan kewangan.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.

