Buletin Suku Tahunan - Suku Ketiga 2021
12 Nov 2021
![]() |
Buletin Suku Tahunan BNM memberikan penilaian suku tahunan mengenai perkembangan ekonomi, monetari dan kewangan Malaysia. Penilaian ini termasuk penilaian mutakhir oleh Bank Negara Malaysia berhubung dengan hala tuju ekonomi pada masa hadapan. Buletin ini juga memberikan pemahaman tentang isu ekonomi dan kewangan semasa, termasuk sorotan penting berkaitan dengan inisiatif dasar yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia dalam memenuhi mandatnya.
|
(Klik pada gambar untuk besarkan)
KDNK terjejas disebabkan oleh langkah-langkah pembendungan yang lebih ketat, manakala inflasi menjadi sederhana pada S3 2021
- Kegiatan ekonomi menguncup disebabkan oleh pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan yang lebih ketat
- Inflasi keseluruhan menjadi sederhana, didorong terutamanya oleh luputnya kesan asas daripada harga bahan api
(Klik pada gambar untuk besarkan)
Perdagangan luar negeri kekal kukuh, manakala kegiatan ekonomi yang terjejas akibat langkah-langkah pembendungan yang lebih ketat pada bulan Julai bertambah baik apabila sekatan dilonggarkan secara beransur-ansur
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!


