Pejabat-pejabat BNM
Bangunan-bangunan Ibu Pejabat
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Tel: +603 2784 8888
Telex : MA 34137 / MA 34138
2, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur Tel: +603 2784 8888
- Kunjungi Muzium & Galeri Seni BNM
-
2, Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Tel: +603 2784 8888
Kunjungi BNM Museum & Art Gallery
Sasana Kijang, pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan dan pembelajaran yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2011, menunjukkan komitmen Bank terhadap pembangunan kepimpinan berwawasan serta kerjasama serantau dan antarabangsa dalam perbankan pusat dan perkhidmatan kewangan. Pusat ini menampilkan usaha Bank yang berterusan dalam pembangunan tenaga mahir menerusi inisiatif pembelajaran berkesan, serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menggalakkan amalan terbaik dalam perbankan pusat.
Sasana Kijang juga menjadi tuan rumah bagi rakan kongsi strategik serantau dan antarabangsa Bank, iaitu Pusat Penyelidikan dan Latihan Bank-Bank Pusat Asia Tenggara (South East Asian Central Banks (SEACEN) Research and Training Centre), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (Islamic Financial Services Board, IFSB) dan Persekutuan bagi Rangkuman Kewangan (Alliance for FInancial Inclusion, AFI).
Dalam bahasa Sanskrit, Sasana bermaksud tempat pertemuan orang berilmu dan bijak pandai. Apabila digabungkan dengan perkataan Kijang, haiwan yang seakan-akan rusa yang berkait rapat dengan Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang mewakili segalanya tentang Bank dan identitinya.
Dua Pusat Perkhidmatan Pembelajaran disediakan secara percuma kepada pelawat:
Muzium dan Galeri Seni (Buka dari 10 pagi hingga 6 petang).
Untuk maklumat lanjut, sila layari museum.bnm.gov.my
Sasana Kijang mempunyai dua kafe yang menawarkan hidangan menarik untuk para pelawat iaitu :
Kafe Sasana Kijang: Dibuka Isnin hingga Jumaat sahaja dari pukul 7 pagi hingga 7 malam. Kafe ini menawarkan pilihan menarik menu tempatan, antarabangsa atau khusus.
Kafe Muzium: Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Kafe ini menyediakan makanan ringan dan juga aneka pastri.
Tempat letak kereta juga disediakan kepada para pelawat di LG4 dan LG5 dengan kadar bayaran RM5 untuk 4 jam pertama, dan Rm1 bagi setiap jam berikutnya sehingga maksimum RM10 setiap kali masu.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Perkhidmatan Hospitaliti
Sasana Kijang
2, Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-9179 2888,
E-mel: sasana@bnm.gov.my
Inspirasi bangunan Sasana Kijang

Cengkerang cowrie ialah salah satu bentuk mata wang terawal yang digunakan di rantau ini, dan merupakan inspirasi di sebalik reka bentuk seni bina Sasana Kijang. Fasad bangunan juga diterapkan dengan corak geometri dalam fabrik songket Melayu tradisional, yang menandakan kerjasama yang kukuh dan pakatan strategik dalam komuniti BNM dan organisasi sekutunya. Penggunaan bahan lutsinar yang membenarkan aliran bebas cahaya semula jadi ke dalam bangunan melambangkan ketelusan dan keterbukaan.
Pandu Arah ke Sasana Kijang

BNMLINK & Pejabat Wilayah BNM
2, Jalan Berjasa 50480 Kuala Lumpur Tel: +603 2784 6788
-

Lanai Kijang merupakan kompleks kediaman Bank yang dibina khas berasaskan konsep "Rumahku, Kampungku.” Terletak di kawasan yang subur dengan landskap kehijauan seluas 5.1 ekar, kompleks ini lengkap dengan kemudahan latihan, persidangan, sukan, dan rekreasi lantas menyediakan persekitaran yang cukup baik untuk pembelajaran formal dan tidak formal.
Kompleks ini memperlengkap Sasana Kijang, iaitu Pusat Kecemerlangan ilmu pengetahuan dan pembelajaran dalam Perbankan Pusat dan Perkhidmatan Kewangan kepunyaan Bank Negara Malaysia. Lanai Kijang juga menyediakan ruang kepada peserta kursus dan tetamu jemputan untuk berbincang dan berinteraksi, bertukar-tukar pandangan dan idea, berkongsi pengalaman dan bekerjasama dalam suasana yang nyaman lagi selesa.
Pembelajaran di Lanai Kijang
Dewan serba guna, dua bilik latihan (boleh muat sehingga 40 orang), amfiteater/ laman perkelahan untuk aktiviti luar dan ruang istirahat di luar bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran yang berbagai-bagai. Ruang istirahat di dalam dan di luar pusat ini menyediakan suasana yang sesuai untuk pembelajaran berterusan, interaksi berpasukan dan jalinan rangkaian hubungan
Penginapan Dan Makan-Minum di Lanai Kijang
Sebanyak 120 bilik kediaman direka khas untuk memberikan tetamu yang bermalam di sini pengalaman penginapan yang selesa selain boleh menggunakan kemudahan jaringan sosial moden. Lanai Kijang menyediakan penginapan bertaraf kelas pertama untuk tetamu yang bermalam di sini. Kemudahan makan minum dalam suasana yang nyaman juga disediakan di sini untuk memenuhi pelbagai keperluan peserta kursus dan tetamu.
Rehat dan Riadah di Lanai Kijang
Pusat Kesejahteraan (Wellness) dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Pusat ini mempunyai gimnasium yang lengkap dengan penginjak kisaran (treadmills), beberat (weights) dan peralatan kecergasan (fitness equipment). Kemudahan lain termasuklah gelanggang badminton /sepak takraw dan Gelanggang Futsal/ Tenis/ Street Soccer untuk aktiviti berpasukan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-9179 2671.
Pandu Arah ke Lanai Kijang

BNMLINK & Pejabat Wilayah BNM
Tingkat 4, Podium Bangunan AICB, No. 10, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur
Tel: 1-300-88-5465 atau +603 2174 1717 (luar negara)
Faks: +603 2174 1515
1st Floor, Bangunan AICB, No. 10, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur
No 27, Lebuh Light
10200 Georgetown
Pulau Pinang
Tel: +604 566 2588
Faks: +604 258 7590
Jalan Bukit Timbalan
80888 Ibrahim International Business District
Johor Darul Takzim
Tel: +607 516 2388
Faks: +607 225 7891
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: +608 836 4188
Faks: +608 852 2302
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: +609 650 2788
Faks: +609 638 2060
AKPK: +609 631 2797
Jalan Satok
93400 Kuching
Sarawak
Tel: +6082 264 288
Faks: +6082 414 996
Pejabat Perwakilan BNM
900, Third Avenue, Suite 1804
New York, NY 10022
United States of America
Tel: +1-212-888-9220
Faks: +1-212-755-4561
Suite 1, Tingkat 8, Berkeley Square House
Berkeley Square
London W1J 6DB
United Kingdom
Tel: +44-20-7495-0222
Faks: +44-20-7499-7428 / 7495-6198
Units 23-25, Tingkat 47
China World Tower A
No 1, Jianguomenwai Avenue
Chaoyang District
Beijing 100004
China
Tel: +86-10-6505-5865
Faks: +86-10-8535-1890
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.