Akaun Keldai

Apakah Akaun Keldai?

Akaun bank anda digunakan oleh pihak lain untuk menerima atau memindahkan wang. Wang tersebut mungkin merupakan hasil curi atau pengubahan wang yang diperoleh daripada aktiviti haram.

Jika ditangkap, akaun bank anda mungkin ditutup dan anda mungkin menghadapi kesukaran untuk membuka akaun bank pada masa hadapan. Anda juga mungkin berisiko didakwa kerana membantu dalam aktiviti jenayah.


Apakah yang perlu diberi perhatian?

1. Tawaran untuk “menyewakan” akaun bank anda yang kemudiannya akan digunakan untuk pengubahan wang atau pengeluaran wang yang dicuri.

Tawaran ini mungkin dibuat secara bersemuka oleh pihak yang tidak dikenali atau oleh rakan atau ahli keluarga. Terdapat juga iklan yang serupa di platform media sosial.

2. Tawaran pekerjaan yang lumayan yang memerlukan anda menyerahkan kad ATM dan/atau maklumat perbankan dalam talian anda.

Sebagai pertukaran bagi tawaran pekerjaan yang “terlalu bagus untuk menjadi kenyataan”, anda diminta menyerahkan kad ATM atau maklumat yang lazimnya tidak diperlukan dalam permohonan pekerjaan (contohnya, nombor PIN atau OTP serta kata laluan perbankan dalam talian).

3. Pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang meminta kad ATM sebagai cagaran semasa proses permohonan pinjaman.

Pemberi pinjaman wang tersebut akan menggunakan akaun anda untuk menerima atau memindahkan wang sepanjang tempoh tersebut.


Bagaimanakah cara untuk melindungi diri anda?

1. Jangan berkongsi akaun bank atau maklumat perbankan anda dengan sesiapa.

Jangan benarkan pihak lain mendapatkan akses kepada akaun anda, walaupun sebagai pertukaran wang. Anda mungkin mendedahkan diri kepada risiko terlibat dalam aktiviti jenayah dan mungkin menghadapi kesukaran untuk membuka akaun bank pada masa hadapan.

Jangan berkongsi maklumat perbankan sulit seperti PIN atau kata laluan perbankan dalam talian dengan sesiapa sahaja – walaupun bagi tujuan tawaran pekerjaan.

2. Sentiasa pantau transaksi dalam akaun anda.

Jika anda tidak melakukan transaksi tersebut, sila maklumkan kepada bank anda dengan segera. Laporkan kepada bank dan pihak polis dengan segera sekiranya kad ATM anda hilang atau mana-mana pihak ketiga mendapat akses kepada akaun bank anda.


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?