Penipuan Aplikasi Mudah Alih

Apakah Penipuan Aplikasi Mudah Alih?

Penipuan ini berlaku apabila penipu berjaya mendapatkan akses kepada telefon anda selepas anda memuat turun aplikasi pihak ketiga yang mencurigakan (contohnya, fail .apk). Penipu akan menggunakan akses tersebut untuk membaca dan/atau memadamkan makluman transaksi serta nombor OTP anda.


Apakah yang perlu diberi perhatian?

1. Perkhidmatan dalam talian atau mesej (contohnya, SMS, WhatsApp, Telegram) yang meminta anda memuat turun aplikasi ke telefon anda.

Berwaspada terhadap pautan yang boleh diklik yang mengarahkan anda ke laman sesawang tertentu atau memuat turun aplikasi ke telefon anda. Bank tidak lagi akan menghantar pautan yang boleh diklik melalui SMS!

2. Aplikasi tersebut disediakan di laman sesawang tidak rasmi.

Berhati-hati apabila diarahkan ke laman sesawang yang mencurigakan atau tidak rasmi.


Bagaimanakah cara untuk melindungi diri anda?

1. Hanya muat turun aplikasi daripada platform aplikasi rasmi telefon pintar anda (contohnya, Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery).
2. Jangan klik pada pautan dalam SMS yang kononnya dihantar oleh “bank”.


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?