Penipuan Macau

Apakah Penipuan Macau?

Anda menerima panggilan daripada penipu yang menyamar sebagai pihak bank atau pegawai awam untuk memperdaya anda supaya mendedahkan maklumat perbankan peribadi atau memindahkan wang ke akaun pihak ketiga.


Apakah yang perlu diberi perhatian?

1. Panggilan daripada pihak berkuasa menggunakan nombor persendirian atau dibuat selepas waktu pejabat.

Urusan rasmi akan dijalankan melalui saluran rasmi dan lazimnya pada waktu pejabat. Berwaspada terhadap panggilan daripada nombor telefon persendirian yang mendakwa sebagai pihak berkuasa.

2. Panggilan yang tidak diminta yang mendakwa anda telah memenangi hadiah wang tunai/loteri.

Pemanggil biasanya akan meminta maklumat peribadi dan maklumat perbankan anda untuk “memindahkan wang tersebut kepada anda”.

3. Ugutan palsu dengan niat untuk membuat anda panik.

Penipu mahu anda panik supaya anda lebih mudah diperdaya! Berikut ialah beberapa contoh ugutan palsu:

  • Anda mempunyai tunggakan cukai atau telah melakukan penipuan cukai;

  • Akaun bank anda telah dibekukan atau telah digodam; atau

  • Hasil pelaburan anda ditahan buat sementara waktu.

4. Meminta anda memindahkan wang SEGERA ke akaun pihak ketiga.

Penipu berkemungkinan akan mendesak anda membuat bayaran dengan segera untuk menangani ugutan palsu tersebut atau melindungi wang anda.


Bagaimanakah cara untuk melindungi diri anda?

1. Jangan dedahkan maklumat perbankan peribadi anda kepada sesiapa.

Banks and authorities will never ask you to reveal sensitive banking details such as your IC, PIN number or password over phone.

2. Jangan pindahkan wang anda ke akaun bank pihak ketiga yang tidak dikenali.

Kekal tenang. Pihak berkuasa (contohnya, BNM, LHDN, MCMC, PDRM) tidak akan meminta anda memindahkan wang dengan segera ke akaun lain.

3. Sentiasa sahkan identiti pemanggil.

Tamatkan panggilan sekiranya pemanggil tidak dapat memberikan pengenalan diri dengan jelas (contohnya, nama, alamat e-mel dan nombor telefon rasmi untuk dihubungi semula).



Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?