Penipuan Phishing

Apakah Pancingan Data?

Pancingan data ialah satu bentuk penipuan yang bertujuan memperdaya anda supaya mendedahkan maklumat pengesahan kepada penipu. Ini boleh dilakukan melalui pautan yang dihantar melalui SMS atau e-mel, atau melalui laman sesawang palsu yang kelihatan sama seperti laman sesawang sebenar.

Jika anda memasukkan maklumat peribadi atau maklumat perbankan anda di laman sesawang pancingan data ini, anda berisiko kehilangan maklumat perbankan kepada penipu.

Apakah yang perlu diberi perhatian?

1. Pautan laman sesawang yang mencurigakan.

Laman sesawang pancingan data direka bentuk supaya kelihatan seperti laman sesawang sebenar, dengan alamat dalam talian yang hampir serupa.

2. SMS/mesej/e-mel yang tidak diminta dan mengandungi pautan yang boleh diklik.

Pautan ini berkemungkinan akan mengarahkan anda ke laman sesawang pancingan data.

Bagaimanakah cara untuk melindungi diri anda?

1. Berhati-hati dengan pautan yang boleh diklik dalam SMS/mesej/e-mel yang tidak diminta.

Jangan klik mana-mana pautan yang dihantar melalui SMS oleh pihak yang mendakwa sebagai “bank”. Bank tidak lagi akan berbuat demikian.

2. Sentiasa log masuk ke akaun perbankan anda melalui laman sesawang rasmi bank anda.

Ini dapat mengurangkan risiko anda memasukkan maklumat perbankan peribadi di laman sesawang pancingan data.

3. Beri perhatian khusus kepada pautan laman sesawang sebelum meneruskan urusan perbankan anda.

Memandangkan pautan laman sesawang tersebut mungkin kelihatan hampir sama, perhatikan perbezaan kecil pada alamat tersebut. Sebagai contoh, penggunaan angka “0” menggantikan huruf “o”; simbol “@” menggantikan huruf “a”; atau “bnmm” menggantikan “bnm”.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?