Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Perkara yang perlu anda ketahui 

Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) membantu orang ramai mengenal pasti entiti atau skim yang mungkin mendakwa secara palsu bahawa ia dilesenkan, diberi kuasa atau dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Senarai ini dikemas kini berdasarkan laporan yang diterima daripada orang ramai dan penilaian BNM terhadap laporan tersebut. Pengguna boleh menggunakan Senarai FCA sebagai salah satu cara untuk menyemak sama ada sesuatu entiti atau skim telah dikenal pasti sebagai tidak diberi kuasa oleh BNM untuk menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan yang dikawal selia.

Namun, jika sesuatu entiti atau skim tiada dalam Senarai FCA, atau telah dikeluarkan daripadanya, ini tidak bermakna ia dilesenkan atau dikawal selia oleh BNM. Pengguna hendaklah sentiasa membuat semakan sendiri dan berhati-hati sebelum melabur atau menyertai mana-mana skim kewangan.

Nota:

Entiti klon berpotensi merujuk kepada entiti yang mungkin menyamar sebagai organisasi atau entiti yang sah, mempersembahkan diri sebagai tulen sambil cuba meniru identiti, penjenamaan atau operasi organisasi/entiti yang sah termasuk nama perniagaan, logo dan butiran pendaftaran perniagaan. Entiti ini ditanda sebagai 'entiti klon berpotensi' kerana persamaannya dengan entiti yang sah dan kemungkinan ia mengelirukan pihak lain.

No data found.