Keputusan Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS) berhubung Parameter Syariah bagi Pemindahan Dana untuk Tujuan Pendanaan dan Pengurusan Risiko Mudah Tunai daripada Institusi Kewangan Islam kepada Institusi Kewangan Konvensional

31 Mei 2024 Notis Umum

Menurut seksyen 52 Akta Bank Negara Malaysia 2009, MPS pada Mesyuarat MPS ke-217 pada 30 September 2021, Mesyuarat MPS ke-220 pada 24 Januari 2022 dan Mesyuarat MPS ke-236 pada 30 Januari 2024 telah membuat keputusan berhubung dengan Parameter Syariah bagi Pemindahan Dana untuk Tujuan Pendanaan dan Pengurusan Risiko Mudah Tunai daripada Institusi Kewangan Islam (IKI) kepada Institusi Kewangan Konvensional (IKK).

Keputusan ini bertujuan untuk memperjelas parameter Syariah yang perlu dipatuhi IKI untuk menentukan keharusan pemindahan dana bagi tujuan pendanaan dan pengurusan risiko mudah tunai, daripada IKI kepada IKK.

Keputusan MPS ini berkuat kuasa serta-merta sejurus keputusan ini diterbitkan dalam laman sesawang Bank Negara Malaysia pada 31 Mei 2024.

Tarikh Penerbitan
31 Mei 2024

Tarikh Kuat Kuasa
31 Mei 2024

Terpakai pada
Pemegang Lesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI)
Pemegang Lesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (APK)
Institusi-Institusi yang Ditetapkan di Bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan (AIKP)

Jabatan yang menerbitkan dokumen
Jabatan Sistem Kewangan Islam

Dokumen


Bank Negara Malaysia
31 Mei 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?