Keputusan Majlis Penasihat Shariah BNM berhubung Pengagihan Risiko Takaful Secara Alir Keluar kepada Syarikat Insurans dalam Situasi Kesukaran

05 Jan 2024 Notis Umum

Keterpakaian

Pengendali takaful berlesen (termasuk pengendali takaful semula profesional) di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Ringkasan

MPS pada mesyuarat ke-226 bertarikh 26 Oktober 2022 telah memutuskan bahawa perkara (ii) dalam keputusan MPS pada mesyuarat ke-113 bertarikh 23 Jun 2011 dan mesyuarat ke-114 bertarikh 28 Julai 2011 berhubung “Takaful semula dengan Syarikat Insurans dan Insurans Semula Konvensional” (Keputusan Sedia Ada) telah disemak seperti berikut:

(ii) Pengendali takaful berlesen (termasuklah pengendali takaful semula profesional berlesen) tidak dibenarkan untuk mengagihkan risiko takaful secara alir keluar kepada penanggung insurans (termasuklah penanggung insurans semula profesional berlesen) kecuali dalam keadaan berikut:

i. pengendali takaful berlesen sedia ada tidak menerima atau tidak mampu menerima risiko tersebut;

ii. pengendali takaful berlesen sedia ada tidak mempunyai kapasiti atau kepakaran untuk menerima risiko tersebut; atau

iii. suatu pengaturan pengagihan risiko secara alir keluar kepada pengendali takaful berlesen yang lain menyebabkan atau boleh menyebabkan kemudaratan kepada dana takaful bagi pengendali takaful berlesen.

 

Keputusan ini menggantikan item (ii) Keputusan Sedia Ada, manakala baki bahagian Keputusan Sedia Ada adalah tetap terpakai.

Keputusan ini berkuat kuasa serta merta sejurus Keputusan ini diterbitkan dalam laman sesawang Bank Negara Malaysia pada pada 5 Januari 2024.

Tarikh Penerbitan
5 Januari 2024

Tarikh Efektif
5 Januari 2024

Jabatan yang menerbitkan dokumen
Jabatan Sistem Kewangan Islam

Dokumen

 


Bank Negara Malaysia
05 Januari 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?