Keputusan Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah BNM ke-217
Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS) pada mesyuarat ke-217 bertarikh 30 September 2021 telah membuat keputusan berhubung Ciri Pengeluaran Awal Pembiayaan Sebelum Kontrak Tawarruq Dilaksanakan bagi Produk Pembiayaan Perdagangan Berasaskan Tawarruq.
Keputusan MPS ini bertujuan untuk menjelaskan status Shariah bagi ciri pengeluaran awal pembiayaan sebelum kontrak Tawarruq dilaksanakan dan keperluan operasi bagi pelaksanaannya untuk mencegah risiko ketidakpatuhan Shariah.
Keputusan ini berkuat kuasa serta merta pada tarikh penerbitannya dalam laman sesawang Bank Negara Malaysia pada 27 Disember 2021.
Sila rujuk lampiran ini untuk maklumat lanjut
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.