Ringkasan Keputusan Majlis Penasihat Shariah (MPS): Pengeluaran Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) Berdasarkan Konsep Wakalah

29 Mei 2024 Notis Umum

MPS Bank Negara Malaysia dalam mesyuaratnya yang ke-239 bertarikh 30 April 2024 telah memutuskan  bahawa terbitan MGII berdasarkan konsep wakalah dan variasinya seperti wakalah bi al-istithmar (wakil untuk pelaburan) dan wakalah bi al-khadamat (wakil untuk perkhidmatan) adalah dibenarkan sebagai alternatif kepada murabahah dalam usaha untuk mempelbagaikan konsep pendasar Syariah bagi instrumen tersebut.

MPS juga memutuskan bahawa selain aset ketara, penggunaan aset tidak ketara yang bukan hutang seperti manfaat, perkhidmatan dan hak kewangan juga adalah dibenarkan sebagai aset pendasar bagi MGII berasaskan wakalah.


Bank Negara Malaysia
29 Mei 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?