Berurusan dengan Orang Tertentu dan dalam Mata Wang Terhad
Tiada sesiapa di Malaysia boleh menjalankan atau terlibat dalam sebarang urusan atau transaksi dengan Orang Tertentu. Walau bagaimanapun, seseorang boleh memasuki, membuat atau menerima pembayaran yang timbul daripada perdagangan antarabangsa dengan atau yang melibatkan Orang Tertentu sekiranya perdagangan tersebut dibenarkan oleh pihak berkuasa berkenaan di Malaysia.
Semua urusan atau transaksi yang menggunakan atau melibatkan Mata Wang Terhad adalah dilarang.
Tiada sesiapa boleh membuka akaun bagi Orang Tertentu atau dalam Mata Wang Terhad melainkan dengan kelulusan terlebih dahulu daripada Bank.
Arahan mengenai urusan dengan orang yang ditetapkan dan dalam mata wang terhad boleh didapati di sini [PDF]
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.