Rangka Kerja Lindung Nilai Dinamik

Rangka Kerja Lindung Nilai Dinamik (Dynamic Hedging Framework) menyediakan akses pasaran kepada pelabur institusi berdaftar untuk menguruskan secara aktif pendedahan risiko FX melalui aktiviti lindung nilai hadapan (forward hedging) dengan bank berlesen di dalam negara atau AOO tanpa keperluan untuk menunjukkan sebarang dokumentasi.

Fleksibiliti yang disediakan bagi pelabur institusi berdaftar di bawah rangka kerja ini

  • Pelabur pemastautin:

    • Lindung nilai hadapan (Forward hedging): Memasuki kontrak hadapan untuk membeli ringgit terhadap mata wang asing (FC) sehingga 100% daripada aset asas berdenominasi FC yang dilaburkan.

    • Penyahtutupan kontrak hadapan: Bebas menyahtutup kontrak hadapan yang dimasuki bagi aset asas berdenominasi FC.

  • Pelabur bukan pemastautin:

    • Lindung nilai hadapan (Forward hedging): Memasuki kontrak hadapan untuk:

      • Menjual ringgit terhadap FC sehingga 100% daripada aset asas berdenominasi ringgit yang dilaburkan; dan

      • Membeli ringgit terhadap FC sehingga 25% daripada aset asas berdenominasi ringgit yang dilaburkan.

    • Penyahtutupan kontrak hadapan: Bebas menyahtutup kontrak hadapan yang dimasuki bagi aset asas berdenominasi ringgit.

Pelabur institusi yang berminat boleh mengemukakan pendaftaran sekali sahaja (one-off) dengan BNM dengan menyerahkan borang penyertaan to investorregister@bnm.gov.my.

Maklumat Lanjut

  1. Gambaran Keseluruhan Rangka Kerja [PDF]

  2. Borang Penyertaan Pasaran Hadapan – Pelabur Institusi [PDF]

  3. Borang Penyertaan Pasaran Hadapan – Bank Amanah dan Pemegang Amanah Global [PDF]

  4. Notis 1 – Urus Niaga Mata Wang, Emas dan Logam Berharga Lain [PDF]

  5. Soalan Lazim (FAQ) – Pembelian dan Penjualan Pertukaran Asing (FX) oleh Pemastautin (Notis 1) [PDF]

  6. Soalan Lazim (FAQ) – Pembelian dan Penjualan Pertukaran Asing (FX) oleh Bukan Pemastautin (Notis 1)) [PDF]


Bank Negara Malaysia

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?