Laporan mengenai Eksport Barangan
Penyerahan Laporan Eksport Barangan
Notis 7 mengenai Eksport Barangan (EOG) menghendaki pengeksport dengan jumlah kasar EOG tahunan melebihi bersamaan RM250 juta pada tahun sebelumnya untuk menyimpan semua maklumat EOG yang berkaitan bagi memudahkan penyerahan laporan EOG kepada Bank secara dalam talian melalui ESSP sebagaimana dan apabila diperlukan.
Pengeksport yang mengemukakan laporan buat kali pertama dikehendaki memperoleh ID Pengguna dan kata laluan daripada Bank dengan memberikan maklumat berikut melalui e-mel kepada bpeis@bnm.gov.my:
Nama syarikat
Nombor pendaftaran perniagaan
Alamat surat-menyurat
Nama pegawai penghubung dan nombor telefon
Maklumat Lanjut: Garis Panduan Penyerahan Laporan Eksport Barangan
Talian Bantuan Sistem:
Sila hubungi kami di alamat e-mel berikut bagi sebarang isu berkaitan.
E-mel: bpeis@bnm.gov.my
Nota: Penyerahan dalam talian tersedia dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam pada hari Ahad hingga Jumaat dan 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada hari Sabtu.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.