Laporan mengenai Swap Kadar Faedah (IRS) Berdenominasi Ringgit dengan Bukan Pemastautin

Penyerahan Laporan mengenai IRS Berdenominasi Ringgit dengan Bukan Pemastautin

Bank Berlesen di Dalam Negara (LOB) yang terlibat dalam pertukaran (swap) kadar faedah atau kadar keuntungan berdenominasi Ringgit, secara langsung atau melalui Pejabat Luar Negara yang Dilantik (AOO), dengan bukan pemastautin, selaras dengan Notis 5 Notis FE, dikehendaki mengemukakan laporan bulanan menggunakan templat pelaporan yang ditetapkan.

Laporan tersebut mesti dikemukakan dalam tempoh lima belas (15) hari kalendar selepas berakhirnya setiap bulan pelaporan melalui Portal FEP.

Untuk butiran lanjut, sila rujuk panduan pengguna bagi sistem penyerahan dalam talian FEP, seperti yang digariskan dalam Chapter 6A (Public Report Submission, Handling & Monitoring)

Sokongan Teknikal:

E-mel: FEPinfo@bnm.gov.my

Telefon: +603-2784 9969 / +603-2784 8536 / +603-2784 9494


Bank Negara Malaysia

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?