Bukan pemastautin dibenarkan untuk membuat atau menerima pembayaran dalam ringgit di Malaysia, kepada atau daripada pemastautin atau bukan pemastautin, bagi tujuan-tujuan berikut:

Tujuan Penggunaan dan Sumber Dana

Antara Bukan Pemastautin dan Pemastautin

Antara Bukan Pemastautin

Penyelesaian aset ringgit termasuk sebarang pendapatan dan keuntungan yang terhutang daripada aset ringgit tersebut

✔

✔

Penyelesaian perdagangan barangan

✔

✔

Penyelesaian perkhidmatan, dalam apa jua cara

✔

✔

Pendapatan yang diperoleh atau perbelanjaan yang dilakukan, di Malaysia

✔

✔

Penyelesaian transaksi murabahah komoditi yang dijalankan melalui penyedia perkhidmatan perdagangan komoditi

✔

✔

Penyelesaian insurans semula (reinsurance) bagi perniagaan insurans domestik atau retakaful bagi perniagaan takaful domestik antara pemastautin dengan pihak yang berlesen menjalankan perniagaan insurans atau takaful Labuan

✔

Penyelesaian penghakiman mahkamah di mana transaksi di bawah litigasi tersebut dijalankan mematuhi Notis FE

✔

Bagi sebarang tujuan antara ahli keluarga terdekat

✔

✔

Pembayaran bagi pihak klien bukan pemastautin menggunakan dana dalam akaun luaran (external account) dibenarkan seperti berikut:

Oleh

Bagi tujuan

Institusi kewangan bukan pemastautin

Penyelesaian perdagangan antarabangsa bagi barangan atau perkhidmatan dengan pemastautin.

Perantara bukan pemastautin atau kustodian bukan pemastautin atau bank amanah

Penyelesaian aset ringgit.

Pembayaran atau penerimaan daripada atau ke dalam Akaun Luaran (External Account) dibenarkan dengan syarat bukan pemastautin dapat mengemukakan bukti dokumentari bahawa tujuan transaksi tersebut mematuhi Notis FE yang berkaitan selaras dengan proses usaha wajar (due diligence) dalaman bank di dalam negara.

Maklumat Lanjut

  1. Notice 4 – Payment and Receipt [PDF]

  2. Soalan Lazim (FAQs) [PDF]


Bank Negara Malaysia

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Was this page helpful?