Melabur di Malaysia
Pelabur bukan pemastautin bebas untuk –
menjalankan sebarang jenis pelaburan dalam aset ringgit atau aset mata wang asing (FC) di Malaysia (pelaburan langsung atau pelaburan portfolio) tanpa sebarang sekatan;
membuka akaun ringgit atau akaun FC (FCA) dengan bank berlesen di dalam negara. Dana bebas untuk dipindahkan masuk dan keluar daripada akaun tersebut, tertakluk kepada proses usaha wajar (due diligence) biasa oleh bank berlesen di dalam negara; dan
memulangkan hasil pelupusan pelaburan, keuntungan, dividen atau sebarang pendapatan yang timbul daripada pelaburan di Malaysia. Pemulangan hendaklah dibuat dalam FC.
Pelabur bukan pemastautin juga mempunyai fleksibiliti untuk melindung nilai (hedge) pendedahan FX yang timbul daripada pelaburan mereka di Malaysia sama ada melalui bank berlesen di dalam negara atau Pejabat Luar Negara yang Dilantik (Appointed Overseas Office, AOO). Butiran lanjut mengenai AOO dinyatakan dalam bahagian Membeli dan Menjual FX.
Maklumat Lanjut
Soalan Lazim (FAQs) [PDF]
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas.