Membeli dan Menjual FX
Mana-mana bukan pemastautin akan mendapati pasaran kewangan Malaysia mudah diakses dan terbuka melalui rangkaian besar bank berlesen di dalam negara. Bukan pemastautin juga boleh menjalankan transaksi FX yang melibatkan ringgit secara terus di luar negara melalui Pejabat Luar Negara yang Dilantik (Appointed Overseas Offices, AOO) bagi bank berlesen di dalam negara.
Bukan pemastautin boleh menjalankan transaksi FX berikut melalui bank berlesen di dalam negara atau AOO:
Transaksi FX bagi akaun sendiri
Membeli atau menjual mata wang asing (FC) terhadap ringgit secara spot bagi sebarang tujuan.
Membeli atau menjual FC terhadap ringgit secara hadapan (forward) berdasarkan obligasi asas (underlying obligation). Kontrak derivatif ringgit selain daripada kadar pertukaran yang ditawarkan oleh pemastautin dianggap sebagai sebahagian daripada obligasi asas. Tiada juga sekatan untuk menyahtutup atau membatalkan transaksi hadapan bagi mana-mana asas kecuali pelaburan portfolio.
Transaksi FX bagi pihak lain
Entiti bukan pemastautin boleh memasuki transaksi FX yang melibatkan ringgit (secara spot atau hadapan) bagi pihak entiti berkaitannya yang pemastautin dan bukan pemastautin.
Pelabur institusi bukan pemastautin (NRII), termasuk bank kustodian/amanah, boleh memasuki transaksi FX bagi pihak klien bukan pemastautinnya. NRII juga boleh mengambil bahagian dalam Rangka Kerja Lindung Nilai Dinamik (Dynamic Hedging Framework) untuk menguruskan secara aktif pendedahan FX ringgitnya.
Institusi kewangan bukan pemastautin boleh memasuki transaksi FX bagi pihak klien bukan pemastautinnya bagi penyelesaian perdagangan antarabangsa dalam barangan atau perkhidmatan dengan pemastautin.
Selain daripada transaksi FX, mana-mana bukan pemastautin (dengan atau tanpa asas/underlying) juga boleh berdagang derivatif kadar faedah berdenominasi ringgit dengan bank berlesen di dalam negara atau AOO.
Untuk memudahkan rujukan, maklumat lanjut mengenai lindung nilai (hedging) pendedahan FX boleh didapati di sini:
Notice 1 – Dealings in Currency, Gold and Other Precious Metals [PDF]
Soalan Lazim (FAQs) [PDF]
Senarai institusi kewangan di bawah Rangka Kerja Pejabat Luar Negara yang Dilantik (Appointed Overseas Office, AOO):
By banking group [PDF, as at 1 December 2025]
By country [PDF, as at 1 December 2025]
Forward Market Participation Form – Institutional Investors [PDF]
Forward Market Participation Form – Trust Banks and Global Custodians [PDF]
NRFI Custody Passive Foreign Exchange Transaction Registration Form [WORD]
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas.