Meminjam di Malaysia
Meminjam dalam mata wang asing
Bukan pemastautin bebas untuk memperoleh pinjaman mata wang asing (FC) daripada mana-mana bank berlesen di dalam negara untuk kegunaan di dalam atau di luar Malaysia.
Bukan pemastautin bebas untuk menerbitkan sukuk/bon berdenominasi FC di Malaysia untuk kegunaan di dalam atau di luar Malaysia.
Meminjam dalam ringgit
Bukan pemastautin selain daripada institusi kewangan bebas untuk meminjam dalam ringgit:
Sebarang jumlah daripada mana-mana pemastautin (termasuk bank berlesen di dalam negara) untuk membiayai atau membiayai semula aktiviti sektor benar di Malaysia.
Sebarang jumlah daripada ahli keluarga terdekat bagi sebarang tujuan;
Sebarang jumlah daripada majikan di Malaysia di bawah terma dan syarat pekerjaan untuk kegunaan di Malaysia;
Sebarang jumlah pembiayaan margin daripada -
perbadanan broker saham pemastautin; atau
bank berlesen di dalam negara yang mempunyai lesen broker saham, untuk membeli sekuriti atau instrumen kewangan yang didagangkan di Bursa Malaysia; atau
Sehingga nilai serahan tunai (cash surrender value) yang telah dicapai bagi mana-mana polisi insurans hayat atau sijil takaful keluarga yang dibeli daripada penanggung insurans berlesen atau pengendali takaful berlesen.
Bank kustodian bukan pemastautin, perbadanan broker saham, bank amanah atau depositori pusat sekuriti antarabangsa yang bertindak bagi pihak pelabur bukan pemastautin, atau pelabur bukan pemastautin yang membeli saham atau instrumen ringgit yang didagangkan di Bursa Malaysia atau RENTAS bagi akaun sendiri, dibenarkan untuk memperoleh kemudahan overdraf (tempoh maksimum 2 hari perniagaan) daripada bank berlesen di dalam negara semata-mata bagi tujuan mengurangkan kegagalan penyelesaian bagi sekuriti dan instrumen ringgit disebabkan oleh kelewatan pembayaran yang tidak disengajakan oleh bukan pemastautin tersebut.
Maklumat Lanjut
Notice 2 – Borrowing, Lending and Guarantee [PDF]
Notice 5 – Securities and Financial Instruments [PDF]
Soalan Lazim (FAQs) [PDF]
Penyerahan Permohonan
Pemastautin mesti membuat permohonan sebelum menjalankan transaksi selain daripada yang dinyatakan di atas melalui portal penyerahan dalam talian. Borang permohonan berkaitan dan panduan pengguna disenaraikan di bawah untuk rujukan. Jangan hantar permohonan dalam bentuk salinan bercetak.
Permohonan | Borang |
Pinjaman Ringgit oleh Bukan Pemastautin | Borang DB-NR (dahulu dikenali sebagai Borang 6A) |
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas.