Eksport Barangan
Seorang pengeksport barangan boleh menerima hasil daripada eksport barangannya dalam ringgit atau mata wang asing (FC). Pengeksport hendaklah memulangkan hasil eksport ke Malaysia dalam nilai penuh dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penghantaran. Pemulangan sehingga 24 bulan hanya dibenarkan atas sebab-sebab di luar kawalan pengeksport dan sebab-sebab lain yang dibenarkan.
Seorang pengeksport boleh menjalankan urusan ofset (offsetting), pelarasan bersih (netting-off) dan hapus kira (writing-off) hasil eksport tertakluk kepada sebab-sebab yang dibenarkan sahaja.
Maklumat Lanjut
Soalan Lazim (FAQs) [PDF]
Penyerahan Permohonan
Pengeksport pemastautin mesti memohon sebelum menjalankan transaksi selain daripada yang dinyatakan di atas melalui portal penyerahan dalam talian. Borang permohonan berkaitan dan panduan pengguna disenaraikan di bawah untuk rujukan. Jangan hantar permohonan dalam bentuk salinan bercetak.
Permohonan | Borang |
Lanjutan Tempoh Penghantaran Pulang Hasil Eksport | Borang EX-EXT (dahulu dikenali sebagai Borang 5E) |
Pengekalan Hasil Eksport di Luar Negara | Borang EX-OA (dahulu dikenali sebagai Borang 7C) |
Keperluan Statistik
Bagi tujuan statistik, pengeksport pemastautin dengan nilai eksport kasar tahunan melebihi RM250 juta dan menjalankan urusan pelarasan bersih (netting) dengan pihak bukan pemastautin dikehendaki mengemukakan Penyata IA kepada Jabatan Pengurusan Data dan Statistik, Bank Negara Malaysia. Pengeksport boleh menghubungi pasukan Cash BOP Reporting melalui e-mel di cashbop@bnm.gov.my untuk penyerahan Penyata IA. Ini adalah selaras dengan keperluan yang ditetapkan dalam Seksyen 78(2) Akta Bank Negara Malaysia 2009 bagi tujuan penyelenggaraan akaun antarabangsa.
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas.