Diperoleh oleh pemastautin daripada bukan pemastautin

Pemastautin bebas untuk memperoleh jaminan kewangan daripada bukan pemastautin.

Dikeluarkan oleh pemastautin kepada bukan pemastautin

Pemastautin bebas untuk mengeluarkan jaminan kewangan kepada atau bagi pihak bukan pemastautin untuk menjamin pinjaman yang diperoleh oleh bukan pemastautin dengan beberapa pengecualian seperti berikut:

  • peminjam bukan pemastautin merupakan kenderaan tujuan khas (SPV) atau jika pinjaman asas tersebut digunakan oleh penjamin pemastautin, maka pemastautin tersebut hendaklah tertakluk kepada peraturan mengenai pinjaman luar negara; atau

  • pinjaman asas tersebut akan dibayar balik oleh pemastautin, selain daripada apabila jaminan kewangan tersebut dituntut. Dalam keadaan sedemikian, pemastautin hendaklah tertakluk kepada peraturan mengenai pelaburan dalam aset mata wang asing.

Maklumat Lanjut

  1. Notice 2 - Borrowing, Lending and Guarantee [PDF]

  2. Soalan Lazim (FAQs) [PDF]

Penyerahan Permohonan

Pemastautin mesti membuat permohonan sebelum menjalankan transaksi selain daripada yang dinyatakan di atas melalui portal penyerahan dalam talian. Borang permohonan berkaitan dan panduan pengguna disenaraikan di bawah untuk rujukan. Jangan hantar permohonan dalam bentuk salinan bercetak.

Permohonan

Borang

Pengeluaran Jaminan Kewangan

Borang FG-OB (dahulu dikenali sebagai Borang A)

Perubahan kepada Jaminan Kewangan yang Diluluskan

Borang FG-CT (dahulu dikenali sebagai Borang B, Borang C and Laporan 6)


Bank Negara Malaysia

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu?