Melabur dalam Aset Mata Wang Asing

Seorang pemastautin tanpa pinjaman ringgit domestik bebas untuk melabur sebarang jumlah dalam aset mata wang asing (FC) di dalam dan luar negara.

Seorang pemastautin dengan pinjaman ringgit domestik bebas untuk melabur:

  • Sehingga bersamaan RM1 juta secara agregat setiap tahun kalendar atas dasar individu; atau

  • Sehingga bersamaan RM50 juta secara agregat setiap tahun kalendar atas dasar kumpulan korporat (termasuk entiti pemastautin dalam kumpulan yang mempunyai hubungan induk-anak syarikat), yang bersumberkan penukaran ringgit dan Trade FCA

Sebuah bank berlesen di dalam negara, penanggung insurans berlesen atau pengendali takaful berlesen bebas untuk melabur di luar negara bagi akaun sendiri.

Syarikat amanah unit berlesen pemastautin, entiti yang menawarkan skim pelaburan kolektif termasuk dana tertutup (closed-end funds), pengurus dana atau penanggung insurans berlesen bebas untuk melabur di luar negara bagi pihak klien pemastautin atau bukan pemastautin mereka seperti berikut:

  • Sehingga 100% daripada Nilai Aset Bersih (NAV) atau jumlah dana kepunyaan klien pemastautin tanpa pinjaman ringgit domestik dan klien bukan pemastautin dalam aset konvensional dan patuh Syariah; atau

  • Sehingga 50% daripada NAV atau jumlah dana kepunyaan klien pemastautin dengan pinjaman ringgit domestik dalam aset konvensional.

Pengendali takaful berlesen bebas untuk menjalankan pelaburan di luar negara sehingga 100% daripada NAV dana berkaitan pelaburan (investment-linked) yang berdenominasi ringgit atau FC kepunyaan klien mereka.

Maklumat Lanjut

  1. Notice 3 – Investment in Foreign Currency Asset [PDF]

  2. Soalan Lazim (FAQs) [PDF]

Penyerahan Permohonan

Entiti atau individu pemastautin mesti membuat permohonan sebelum menjalankan transaksi selain daripada yang dinyatakan di atas melalui portal penyerahan dalam talian. Borang permohonan berkaitan dan panduan pengguna disenaraikan di bawah untuk rujukan. Jangan hantar permohonan dalam bentuk salinan bercetak.

Permohonan

Borang

Pinjaman kepada Bukan Pemastautin

Borang IA-LNR (dahulu dikenali sebagai Borang 6B)

Pelaburan Ekuiti

Borang IA-EQ (dahulu dikenali sebagai Borang 9A)

Usaha Sama (Joint-Venture)

Borang IA-JV (dahulu dikenali sebagai Borang 9C)

Penempatan Deposit 

Borang IA-PD (dahulu dikenali sebagai Borang 9C atau 7C)

Cash Pooling

Borang IA-CP (dahulu dikenali sebagai Borang 9C)

Hartanah di Luar Negara

Borang IA-RE (dahulu dikenali sebagai Borang 9C)

Lain-lain (Termasuk Portfolio)

Borang IA-OT (dahulu dikenali sebagai Borang 9C dan 9A)


Bank Negara Malaysia

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu?