Pemastautin bebas untuk membeli atau menjual ringgit terhadap mata wang asing (FC) dengan bank berlesen di dalam negara (tidak termasuk bank Islam antarabangsa) secara spot atau hadapan (forward) bagi transaksi akaun semasa dan akaun kewangan sama ada atas dasar komitmen tegas (firm commitment) atau dasar jangkaan (anticipatory basis).

Pemastautin bebas untuk membatalkan atau menyahtutup kedudukan hadapan (forward) sedia ada yang melibatkan ringgit bagi sebarang komitmen asas (kecuali pelaburan portfolio) dengan mana-mana bank berlesen di dalam negara.

Di bawah Rangka Kerja Lindung Nilai Dinamik (Dynamic Hedging Framework), pelabur institusi pemastautin yang berdaftar dengan BNM bebas untuk memasuki kontrak hadapan bagi membeli ringgit sehingga 100% daripada aset asas berdenominasi FC yang dilaburkannya atau menyahtutup kontrak hadapan yang telah dimasuki, tanpa bukti dokumentar dengan bank berlesen di dalam negara, bagi tujuan menguruskan pendedahan FC-nya. Penyahtutupan kontrak hadapan awalnya boleh dijalankan dengan bank berlesen di dalam negara yang sama atau bank rakan niaga berlesen di dalam negara yang berbeza daripada yang telah dimasuki kontrak hadapan awal tersebut.

Pemastautin juga bebas untuk melindung nilai (hedge) kontrak derivatif bukan FX yang ditawarkan oleh penyedia pemastautin sehingga kedudukan terbuka bersih (NOP) bagi pendedahan FX dengan mana-mana bank berlesen di dalam negara. Pemastautin dikehendaki menyahtutup kedudukan hadapan tersebut sekiranya melebihi NOP.

Entiti pemastautin bebas untuk menjalankan transaksi FX di atas bagi pihak pemastautin dan bukan pemastautin dalam kumpulan entitinya (tidak termasuk institusi kewangan).

Maklumat Lanjut

  1. Notice 1 – Dealings in Currency, Gold and Other Precious Metals [PDF]

  2. Soalan Lazim (FAQs) [PDF]

Penyerahan Permohonan

Pemastautin boleh mendaftar untuk rangka kerja lindung nilai dinamik dengan mengemukakan Forward Market Participation Form – Institutional Investors for Dynamic Hedging Framework [PDF]


Bank Negara Malaysia

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu?