Pembayaran dalam Mata Wang Asing
Pembayaran dalam mata wang asing antara pemastautin
Pemastautin bebas untuk membayar atau menerima mata wang asing (FC) kepada atau daripada pemastautin lain bagi tujuan berikut:
Sebarang tujuan antara ahli keluarga terdekat;
Pendidikan, pekerjaan atau penghijrahan di luar Malaysia;
Transaksi antara pemastautin dengan bank berlesen di dalam negara, pengendali takaful antarabangsa berlesen atau unit perniagaan mata wang antarabangsa bagi pengendali takaful berlesen, dalam menjalankan perniagaan pihak yang terakhir melibatkan FC;
Penyelesaian –
derivatif berdenominasi FC, tidak termasuk derivatif kadar pertukaran, yang didagangkan di Bursa Yang Ditetapkan di bawah CMSA antara pemastautin dengan broker niaga hadapan pemastautin;
transaksi murabahah komoditi antara pemastautin yang dijalankan melalui penyedia perkhidmatan perdagangan komoditi pemastautin atau bukan pemastautin;
perdagangan domestik dalam barangan atau perkhidmatan antara pengeksport pemastautin dengan entiti pemastautin yang terlibat dalam operasi Rantaian Bekalan Global di Malaysia, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan; atau
perbelanjaan pelbagai yang dilakukan di luar Malaysia antara individu pemastautin yang bermastautin di Malaysia dengan individu pemastautin yang bermastautin di luar Malaysia.
Pembayaran dalam mata wang asing antara pemastautin dan bukan pemastautin
Pemastautin bebas untuk membuat atau menerima pembayaran FC kepada atau daripada bukan pemastautin bagi sebarang tujuan, kecuali bagi –
derivatif berdenominasi FC yang ditawarkan oleh pemastautin melainkan diluluskan oleh BNM atau dibenarkan di bawah Bahagian B Notice 5;
derivatif ringgit melainkan diluluskan oleh BNM atau dibenarkan di bawah Bahagian B Notis 5; atau
derivatif kadar pertukaran yang ditawarkan oleh bukan pemastautin melainkan diluluskan oleh BNM atau dibenarkan di bawah Notice 1.
Maklumat Lanjut
Soalan Lazim (FAQs) [PDF]
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas.