Peminjaman dalam Ringgit daripada Bukan Pemastautin
Oleh entiti pemastautin
Entiti pemastautin bebas untuk meminjam:
Sebarang jumlah ringgit untuk membiayai aktiviti sektor benar di Malaysia daripada sama ada entiti bukan pemastautin dalam kumpulannya atau pemegang saham langsung bukan pemastautin;
Sehingga RM1 juta secara agregat daripada mana-mana bukan pemastautin lain, selain daripada institusi kewangan bukan pemastautin, untuk kegunaan di Malaysia; dan
Sebarang jumlah melalui penerbitan sekuriti boleh niaga atau saham keutamaan boleh tebus (RPS) yang berdenominasi ringgit kepada bukan pemastautin untuk kegunaan di Malaysia.
Oleh individu pemastautin
Individu pemastautin bebas untuk meminjam:
Sebarang jumlah ringgit daripada ahli keluarga terdekat bukan pemastautin; dan
Sehingga RM1 juta secara agregat daripada bukan pemastautin lain, selain daripada institusi kewangan bukan pemastautin untuk kegunaan di Malaysia.
Maklumat Lanjut
Soalan Lazim (FAQs) [PDF]
Penyerahan Permohonan
Pemastautin mesti memohon sebelum menjalankan transaksi selain daripada yang dinyatakan di atas melalui portal penyerahan dalam talian. Borang permohonan berkaitan dan panduan pengguna disenaraikan di bawah untuk rujukan. Sila jangan hantar permohonan dalam bentuk salinan bercetak.
Permohonan | Borang |
Pinjaman Luar Pesisir daripada Bukan Pemastautin | Borang OB-NR (dahulu dikenali sebagai Borang 10A) |
Perubahan kepada Pinjaman Luar Pesisir yang Diluluskan” | Borang OB-CT (dahulu dikenali sebagai Borang 10D) |
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas.