Pinjaman dalam Mata Wang Asing di Malaysia dan dari Luar Negara
Oleh entiti pemastautin
Entiti pemastautin bebas untuk meminjam sebarang jumlah dalam mata wang asing (FC) daripada:
Bank berlesen di dalam negara
Entiti pemastautin atau bukan pemastautin dalam kumpulan entitinya
Pemegang saham langsung pemastautin atau bukan pemastautin
Pemastautin lain melalui penerbitan sekuriti hutang FC
Entiti pemastautin boleh meminjam dalam FC sehingga had berhemat sebanyak bersamaan RM100 juta secara agregat daripada institusi kewangan bukan pemastautin dan pihak bukan pemastautin lain yang tidak berkaitan, termasuk melalui penerbitan sekuriti atau sekuriti Islam yang berdenominasi FC.
Oleh individu pemastautin
Individu pemastautin, pemilik tunggal atau perkongsian am boleh memperoleh sehingga had bersamaan RM10 juta secara agregat daripada bank berlesen di dalam negara dan pihak bukan pemastautin selain daripada ahli keluarga terdekat.
Maklumat Lanjut
Notice 5 - Security, Islamic Security, Financial Instrument or Islamic Financial Instrument [PDF]
Soalan Lazim (FAQs) [PDF]
Penyerahan Permohonan
Entiti pemastautin atau individu pemastautin mesti memohon sebelum menjalankan transaksi selain daripada yang dinyatakan di atas melalui portal penyerahan dalam talian. Borang permohonan berkaitan dan panduan pengguna disenaraikan di bawah untuk rujukan. Jangan hantar permohonan dalam bentuk salinan bercetak.
Permohonan | Borang |
Pinjaman Luar Pesisir daripada Bukan Pemastautin | Borang OB-NR (dahulu dikenali sebagai Borang 10A) |
Perubahan kepada Pinjaman Luar Pesisir yang Diluluskan | Borang OB-CT (dahulu dikenali sebagai Borang 10D and 10G) |
Penerbitan Saham Keutamaan Boleh Tebus kepada Bukan Pemastautin | Borang OB-RPS (dahulu dikenali sebagai Borang Form 10F) |
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas.