Distinctively Malaysia - BNM Coins - Bank Negara Malaysia
Image of Bank Negara Malaysia logo Image of the third series of Malaysian coins Image of all the motifs used on the third series of Malaysian coins

Duit Syiling Peringatan

Sempena dengan pelancaran duit syiling Malaysia terbaharu, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan 500,000 set duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated - BU) terdiri dari semua denominasi duit syiling yang akan dijual kepada orang ramai secara berperingkat-peringkat. Set duit syiling peringatan ini didatangkan dalam pakej khas pada harga RM10 setiap satu dan akan dijual mulai 26 Julai 2011 di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia dan Cawangan-Cawangan Bank Negara Malaysia di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. Sila klik pautan ini untuk mendapatkan alamat pejabat-pejabat tersebut.

Waktu operasi kaunter jualan :

Isnin-Jumaat :
9:00 pagi hingga 5:00 petang

Tidak beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Image of Commemorative Coins