Program Residensi Seni, Warisan dan Inovasi MyMint (MAHIR)

MAHIR ialah inisiatif residensi selama enam bulan yang bertujuan menyokong inovasi, memupuk kreativiti dan memperkukuh identiti numismatik Malaysia.

Sepanjang tempoh residensi, pereka yang terpilih akan bekerjasama rapat dengan pasukan reka bentuk dalaman MyMint bagi meneroka pendekatan kontemporari dan inovatif dalam reka bentuk syiling, di samping memperoleh pendedahan langsung pada proses pengeluaran syiling.


Objektif Program
  • Menggalakkan pendekatan inovatif dan kontemporari dalam reka bentuk syiling

  • Memperkukuh kerjasama antara pereka luaran dan pakar reka bentuk di MyMint

  • Memperkaya portfolio numismatik negara dengan reka bentuk yang mencerminkan tema budaya dan sejarah Malaysia

Skop Penglibatan

Sepanjang tempoh residensi enam bulan, pereka yang terpilih akan dikehendaki:

  • Menghasilkan konsep reka bentuk syiling baharu yang selaras dengan pelan penerbitan syiling peringatan BNM

  • Mengambil bahagian dalam sesi bimbingan berstruktur dan bengkel kolaboratif bersama pakar reka bentuk MyMint

  • Mengendalikan sesi perkongsian dalaman bagi membentangkan perkembangan reka bentuk, dapatan dan pembelajaran

  • Mengemukakan laporan akhir terperinci yang merangkumi perjalanan reka bentuk, proses kreatif dan hasil utama pereka residensi

Kelayakan
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dengan sekurang-kurangnya lapan tahun pengalaman reka bentuk yang relevan

  • Pemohon perlu mengemukakan portfolio yang kukuh, dan pengetahuan mengenai proses pengeluaran syiling dianggap sebagai satu kelebihan

Honorarium
  • Elaun bulanan sebanyak RM4,000 sepanjang tempoh program residensi

  • Elaun perjalanan


MAHIR_2026_bm2

Permohonan dan Pertanyaan

Pereka yang berminat dipelawa untuk mengemukakan dokumen berikut ke commemorative@bnm.gov.my selewat‑lewatnya pada 27 April 2026:

  • Portfolio hasil kerja yang relevan yang menunjukkan keupayaan reka bentuk dan pemahaman tema.

  • Curriculum Vitae (CV) yang menerangkan latar belakang profesional dan pengalaman.

  • Cadangan reka bentuk ringkas atau kertas konsep yang menggariskan idea awal untuk reka bentuk syiling.

  • Kenyataan minat yang menerangkan motivasi dan jangkaan sepanjang tempoh program residensi.

Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Zairul Azwan b. Abdul Rajak melalui emel zairul@bnm.gov.my


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?