Jawatankuasa Dasar Monetari
Matlamat utama dasar monetari di Malaysia adalah untuk mengekalkan kestabilan harga serta memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap perkembangan ekonomi negara. Di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia bertanggungjawab merumuskan dasar monetari dan dasar berkaitan dengan cara mengendalikan operasi dasar monetari. MPC membuat keputusan mengenai kadar faedah dasar, iaitu Kadar Dasar Semalaman (OPR), untuk mempengaruhi kadar faedah lain dalam ekonomi.
Dalam melaksanakan mandat ini, MPC menentukan hala tuju dasar monetari berdasarkan penilaiannya terhadap imbangan risiko kepada prospek pertumbuhan inflasi dan ekonomi dalam negeri. MPC juga memantau risiko keadaan kewangan yang tidak seimbang memandangkan implikasi risiko ini boleh menjejaskan prospek ekonomi. MPC bermesyuarat sekurang-kurangnya enam kali setahun untuk membuat keputusan mengenai OPR. Selepas setiap mesyuarat diadakan, Pernyataan Dasar Monetari disiarkan kepada orang ramai untuk memberikan penjelasan mengenai keputusan yang dibuat.
Ahli-ahli MPC terdiri daripada Gabenor, Timbalan-Timbalan Gabenor, dan ahli lain yang tidak kurang daripada tiga tetapi tidak melebihi tujuh orang, termasuk ahli dari luar Bank yang dilantik oleh Menteri Kewangan atas saranan Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga Bank. Komposisi keahlian MPC yang sedemikian bertujuan untuk menggabungkan pelbagai kepakaran dan pengalaman yang penting untuk membuat keputusan mengenai dasar monetari yang tepat dan menyeluruh.
Profil Ahli-Ahli MPC
Gabenor dan Pengerusi
(Ahli Ex Officio)
Kelulusan:
Bachelor of Economics, University of Malaya, Malaysia
Master of Business Administration, University of Oxford, United Kingdom
Pengalaman Profesional:
Timbalan Gabenor, BNM (2016 - 2023)
Penolong Gabenor, sektor Ekonomi dan Dasar Monetari, BNM (2014 - 2016)
Alternate Executive Director, South East Asia Voting Group of the IMF Executive Board (2012 - 2014)
Lantikan Utama:
Ahli, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif, The SEACEN Centre
Ahli, Jawatankuasa Pengurusan Kursi Tun Ismail Ali, University of Malaya
Timbalan Gabenor
(Ahli Ex Officio)
Kelulusan:
Bachelor of Arts (Economics), University of Cambridge, United Kingdom
Master of Arts (Economics), University of Cambridge, United Kingdom
Pengalaman Profesional:
Timbalan Gabenor, BNM (2020 - sekarang)
Executive Director, South East Asia Voting Group on the IMF Executive Board (2015 - 2017)
Penolong Gabenor, BNM (2011 - 2020)
Lantikan Utama:
Ahli, Lembaga Pengarah ASB Management Sdn Bhd
Ahli, Lembaga Pengarah Malaysian Investment Development Authority
Timbalan Gabenor
Dilantik Ahli sejak tahun 2010
Kelulusan:
Master in Public Policy, Blavatnik School of Government, University of Oxford, United Kingdom
Master of Science in Global Market Economics, London School of Economics and Political Science, United Kingdom
Bachelor of Science in Economics, London School of Economics and Political Science, United Kingdom
Pengalaman Profesional:
Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia
Ahli, Panel Pelaburan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Ahli, Lembaga Pengarah, Credit Guarantee Corporation
Ahli Kuasa, Labuan Financial Services Authority
Ahli, Lembaga Pengarah, Maybank Venture Capital Company Sdn Bhd
Lantikan Utama:
Ahli, Jawatankuasa Kerja, Islamic Financial Services Board (IFSB)
Ahli, Jawatankuasa Kerja Lembaga, International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM)
Ahli, Lembaga Pengarah, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Ahli, Lembaga Pengarah, International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF)
Profesor Adjung, University Malaysia Terengganu
Timbalan Gabenor
Dilantik Ahli sejak tahun 2025
Kelulusan:
Sarjana Muda Sains (Ekonomi dan Perakaunan), University of Bristol, United Kingdom
Pengalaman Profesional:
Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia
Pengarah, Bank Negara Malaysia
Penolong Pengurus Besar, Danamodal Nasional Berhad
Lantikan Utama:
Pengerusi, Kumpulan Penggerak Teknologi Kewangan
Penolong Gabenor
Dilantik Ahli sejak tahun 2020
Kelulusan:
PhD in Monetary Economics and Econometrics, Washington University in St. Louis, USA
Bachelor of Science (Hons) in Economics, Warwick University, United Kingdom
Pengalaman Profesional:
Penolong Gabenor, Financial Surveillance, Prudential Regulations, Consumer & Market Conduct, Payment Services Policies, and Sustainability (2022 - sekarang)
Penolong Gabenor, Economics, Monetary Policy, Data Management & Statistics Departments as well as International Departments (2020 - 2022)
Pengarah, Economics Department (2019 - 2020)
Pengarah, Monetary Policy Department (2011 - 2019)
Penolong Gabenor
Dilantik Ahli sejak tahun 2022
Kelulusan:
Sarjana Ekonomi, London School of Economics and Political Science
Sarjana Muda Ekonomi dan Perakaunan, University of Bristol, United Kingdom
Pengalaman Profesional:
Penolong Gabenor, Dasar Monetari, Ekonomi, Antarabangsa serta Pengurusan Data dan Statistik (sejak 2022)
Penolong Gabenor, pengawasan kewangan, kawal selia pruden, tatalaku pengguna dan pasaran, dasar perkhidmatan pembayaran dan komunikasi strategik (2019 – 2022)
Pengarah, Jabatan Ekonomi(2011 – 2019)
Pengarah, Jabatan Dasar Monetari (2009 – 2011)
Lantikan Utama:
Ahli Lembaga Pengarah, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Ahli, ASEAN Taxonomy Board
Pengerusi, Jawatankuasa kecil Bridging Data Gaps, Joint Committee on Climate Change
Penolong Gabenor
Dilantik Ahli sejak tahun 2024
Kelulusan:
Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Massachusetts Institute of Technology
Sarjana Sains Pengurusan Aset (Wealth Management), Singapore Management University
Sarjana Kejuruteraan, University of Durham, United Kingdom
Chartered Financial Analyst (CFA)
Chartered Banker (CB), Asian Institute of Chartered Bankers, Malaysia
Pengalaman Profesional:
Penolong Gabenor, Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, dan Dasar Pertukaran Asing (2024 - sekarang)
Pengarah Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan (2020 - sekarang)
Pengarah Pejabat Gabenor (2019 - 2020)
Pengarah Jabatan Antarabangsa (2018 - 2019)
Lantikan Utama:
Ahli Lembaga, Cagamas Sukuk Kijang Berhad
Ahli Jawatankuasa Panel, Dana Amanah Kebangsaan (NTF)
Ahli Luar
Dilantik Ahli sejak tahun 2021
Kelulusan:
Master of Economic Policy, Boston University, USA
Bachelor of Economics, Boston University, USA
Pengalaman Profesional:
Ketua Ahli Ekonomi, Malaysian Rating Corporation Bhd
Ketua Penyelidikan, MCIS-Zurich Insurance Bhd
Ketua Penyelidikan dan Ketua Ahli Ekonomi, Alliance Merchant Bank Bhd
Ahli Ekonomi, Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd
Penganalisa Kanan, The New Straits Times Press (M) Bhd
Ahli Luar
Dilantik Ahli sejak tahun 2021
Kelulusan:
Master of Business Administration (Major in Finance), University of Malaya, Malaysia
Bachelor of Economics, University of Malaya, Malaysia
Pengalaman Profesional:
Pengarah Eksekutif dan Pengerusi, RHB Research Institute
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan, RHB Banking Group
Ketua Penyelidikan, RHB Research Institute
Pakar Strategi Pasaran Ekuiti, RHB Research Institute
Ahli Ekonomi Rantau ASEAN, RHB Research Institute
Ahli Ekonomi, Economics Department, BNM
Lantikan Utama:
Ahli, Jawatankuasa Pelaburan, RHB Asset Management
Ahli, Jawatankuasa Pelaburan, RHB International Islamic Asset Management
Perunding Persendirian, RHB Research Institute
Perunding Persendirian, Corston-Smith Asset Management
Ahli Luar
Dilantik Ahli sejak tahun 2024
Kelulusan:
Master of Arts in Economics, University of Manchester, United Kingdom
Bachelor of Laws (LLB), University of London, United Kingdom
Bachelor of Arts (Honours) in Economics, University Malaya, Malaysia
Pengalaman Profesional:
Ketua Setiausaha, Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi
Ahli, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Negara
Timbalan Ketua Pengarah (Makro), Unit Perancang Ekonomi (EPU)
Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Industri, EPU
Pengarah, Bahagian Ekonomi Pengetahuan, EPU
Juru runding kepada agensi tempatan dan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Dunia mengenai hal ehwal ekonomi
Lantikan Utama:
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Eonmetall Group Berhad
Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan for Sustainable Development Goals Malaysia (Yayasan MySDG)
Pengerusi, Majlis Persijilan Kayu Malaysia
Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Perak
Ahli Lembaga, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)
Ahli Lembaga, Jawatankuasa Penasihat Iskandar Regional Development Authority
Ahli Lembaga, Lembaga Industri Kayu Malaysia
Ahli Lembaga, Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara
Ahli Lembaga, Perbadanan Pembangunan Getah Malaysia (MARDEC)
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.