Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari
Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari (JSPM) ialah jawatankuasa bebas yang dibentuk di bawah seksyen 238 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013, FSA) dan seksyen 249 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial Services Act 2013, IFSA). JSPM mempertimbangkan rayuan daripada perayu (individu atau institusi) terhadap penalti monetari pentadbiran (administrative monetary penalty, AMP) atau remedi kewangan yang dikenakan oleh BNM dalam menggunakan kuasa penguatkuasaan pentadbiran di bawah FSA, IFSA, Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002, dan Akta Mata Wang 2020 (Currency Act 2020, CA)[1].
JSPM menyediakan saluran bebas bagi pihak-pihak yang terkilan untuk membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh BNM. JSPM boleh membuat keputusan sama ada untuk mengesahkan keputusan BNM atau menghendaki BNM mempertimbangkan semula keputusannya dan mencapai suatu keputusan mengikut dapatan JSPM. Ahli-ahli JSPM dilantik oleh Menteri Kewangan dalam kalangan Ahli Bukan Eksekutif Bebas dalam Lembaga Pengarah BNM atau individu luar lain atas saranan BNM.
[1] Bagi CA, rayuan hanya boleh dilakukan terhadap AMP yang dikenakan oleh BNM
Profil Ahli-Ahli MPRC
Pengerusi
Kelulusan:
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Universiti Malaya, Malaysia
Pengalaman Profesional:
Hakim, Mahkamah Persekutuan
Hakim, Mahkamah Rayuan
Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya
Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Malaya
Peguam Persekutuan Kanan, Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (sekarang dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri)
Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Ketua Pengarah, Jabatan Insolvensi Malaysia
Ketua Unit Rayuan Jenayah, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara
Pengarah Eksekutif, Bahagian Penguatkuasaan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-Undang, Agensi Anti-Rasuah (sekarang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)
Ahli
Ahli Lembaga Pengarah BNM Bukan Eksekutif Bebas
Kelulusan:
Ahli, Malaysian Institute of Accountants
Ahli, Malaysian Institute of Certified Public Accountants
Pengalaman Profesional:
Rakan Kongsi, PwC Malaysia
Ketua Pasaran, PwC Malaysia & PwCMYVN (Malaysia & Vietnam)
Ketua Corporate Responsibility and Diversity & Inclusion, PwC Malaysia
Ahli, PwC Global Gender Advisory Council
Mentor, Women in Leadership Malaysia by ICAEW & TalentCorp Malaysia
Penasihat, Young Corporate Malaysians
Ahli
Kelulusan:
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), University of Bristol, United Kingdom
Barrister-at-Law, Gray’s Inn
Pengalaman Profesional:
Peguambela dan Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya
Peguambela dan Peguamcara, Mahkamah Agung Singapura
Ketua, Kumpulan Amalan Cukai dan Hasil, Shearn Delamore & Co., Kuala Lumpur, Malaysia
Ahli, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan
Pengerusi, Jawatankuasa Undang-Undang Cukai, Persatuan Peguam Inter-Pasifik
Editor Bidang Kuasa Malaysia (Labuan), Persatuan Perancangan Cukai Antarabangsa
Garis Panduan Rayuan
Rayuan kepada MPRC mesti difailkan dalam tempoh 21 hari selepas pihak yang terkilan dimaklumkan tentang keputusan BNM menggunakan Borang Notis Rayuan. Prosedur terperinci untuk memfailkan rayuan dinyatakan dalam Manual Rayuan. MPRC boleh memutuskan sama ada untuk mengesahkan keputusan BNM atau menghendaki BNM menimbang semula dan mencapai keputusan selaras dengan penemuan MPRC.
Hubungi Kami
Urusetia
Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Telefon: 03 2784 9987
E-mel: mprc@bnm.gov.my
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas.