Penipuan pelaburan menyalahgunakan imej selebriti
Jangan mudah terpedaya dengan penipu yang menyalahgunakan nama dan logo Bank Negara Malaysia (BNM) serta gambar tokoh terkemuka untuk mempromosikan skim pelaburan palsu melalui media sosial yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa yang singkat.
Kebanyakan iklan menerusi media sosial ini akan mengarahkan anda kepada aplikasi pemesejan yang digunakan oleh penipu untuk mempengaruhi anda supaya memindahkan wang untuk pelaburan.
BNM tidak mengiktiraf sebarang skim pelaburan.
Sentiasa pastikan skim pelaburan disemak dan disahkan melalui sumber rasmi sebelum melakukan apa-apa transaksi. Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui bnmlink.bnm.gov.my
Tarikh | Nota |
27 Mac 2026 | Amaran dihantar ke platform medsos BNM: Facebook
|
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas
